Ahad, 29 November 2015

Kasut Wedges Vincci


Membeli lagi kasut. Kenapa beli??? sebab masa ni harganya tengah offer, so beli la kalau tak RM100++ haaaa.... memang la tak beli. Bukan senang sebenarnya nak tunggu offer, atau aku yang tak berapa nak ke Alamanda. Kerana bila ke alamanda memang tak lepas peluang untuk cuci mata, bukan nak beli pun dapat tengok dapat pegang2 jadi la, ada duit in shaa Allah beli, tak de duk diam2.




Kenapa pulak pilih ini? Pertamanya kerana memang  sedang menunggu-nunggu kasut bertumit  design yang dicari, kesianya kerana baru tau yang tumit macam ni namanya wedges kalau pakai walaupun tinggi kaki tak mudah penat seperti pakai high heel, rasa langkah tu lebih selamat atau dengan ayat yang lainnya tak tersangkut seperti high heel waktu paling bahaya semasa naik tangga.

Keduanya kerana ianya kasut yang sarung dan menutupi kaki cuma perlu berstoken la kan @ senang cerita nak cari kasut yang menutup aurat, rasanya lepas ini memang keutamaanya memilih kasut seperti design macam ini.



Warna seperti biasa hitam supaya senang nak match dengan semua pakaian dan 1 lagi kerana aku ada handbeg hitam dari jenama yang sama. Setakat ni hanya VINCCI je la yang mampu milik, lain brand terlampau la mahal kasut je da seratus lebih, belum handbag lagi. Kasut ini telah pun dirasmikan pakainya semasa bertugas di ASEAN SUMMIT KLCC. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA