Selasa, 15 Disember 2015

Makan Duit

Emm.... kadang kala apabila seseorang itu suka bercakap atau terlalu peramah boleh menyebabkan pekong di dada terbuka dengan sendirinya, tanggungjawab sentiasa berbeza bagi penilaian setiap orang tetapi apa pun keadaan, betul kekal betul dan tak betul tetap salah. Tak sepatutnya samakan diri sendiri dengan orang lain, apalagi jika merasakan diri sendiri terlalu hebat hingga pertikaikan kemampuan orang lain.


Ya, mungkin bidang tugas sama, tetapi prinsip setiap manusia tu berbeza. Tak semua orang bekerja untuk mengambil kesempatan atas kemudahan yang ada. Atau pendek kata tak semua orang yang bekerja kerajaan ni akan makan duit kerajaan dengan menyelewengkan L.O. 

Aku yakin memang ramai yang begitu tetapi aku tak cukup berani untuk lakukan begitu. Setiap kali berurusan mengenai L.O. aku memang serahkan bulat2 kepada pembekal, kalau ada pun aku mintak untuk kos buat banner atau backdroup, pendek kata aku tak mintak atau berbincang dengan pembekal untuk beri aku %. Malah aku yang nasihat pembekal, bahawa ikut bajet yang diberikan jangan sampai rugi.

Dari muar hingga Tangkak, aku memang sentiasa menguruskan L.O. Merancang dan melaksanakan program itu perkara biasa, tapi tak terlintas untuk mengambil kesempatan untuk meminta2 daripada pembekal. Silalah bertanya kepada pembekal yang berurusan dengan aku, aku yang jdi pemudah cara kepada mereka supaya bayaran berjalan lancar, malah L.O. yang aku buat pun hantar pos laju menggunakan duit sendiri tanpa kelim semula. Sama seperti tugas di Putrajaya semasa berurusan dengan Hotel pun aku tak pernah fikir "duit kocek" yang aku kerja aku berjalan lancar. Soal mintak duit, itu bukan cara aku. 

Semasa bersuami dulu pun aku tak meminta2, sehinggalah aku beli rumah sendiri, kerana aku telah menanggung kos yang tinggi untuk keluarga, so wajib lah untuk aku mengingatkan hak aku dan sebenarnya sama ada meminta atau meminjam duit orang seolah-olah menjatuhkan maruah aku, kalau boleh aku berkawan dan dapat gembirakan kawan2, berkongsi cerita tetapi masalah kewangan sebolehnya aku atasinya sendiri. Kerana itu aku sentiasa beringat untuk menyimpan, kerana aku tak sanggup menjatuhkan maruah aku untuk meminjam duit orang, melainkan terdesak. 

Setakat ini orang yang aku pinjam duit adalah mak aku sendiri, itu pun memang tahap terdesak masa berpindah ke putrajaya, dengan gaji yang sama semasa di tangkak, dengan menyediakan keperluan sekolah anak. Hanya tuhan yang tahu, susah senang aku ketika itu.

Aku berharap aku kekal seperti ini dan mampu mengekalkan integriti. Aku tau rezeki yang aku bawa pulang bukan hanya untuk aku juga untuk anak dan rezeki juga membentuk akhlak anak dan akan jadi darah daging aku. Terpulang masing2 untuk menguruskan amanah itu seperti apa dan bagaimana caranya. Tapi duit yang bukan hak kita tak akan pernah cukup, malah tak akan menjadikan seseorang itu KAYA pun.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA