Ahad, 15 November 2015

Gelisah!!!!



Semenjak dua menjak ni aku risau semacam je. Tak pasti kenapa dan apa sebabnya. Kerana berjanji tak ditepati ke? kerana risaukan duty ASEAN ke? kerana melukakan hati orang ke? atau kerana mak aku? atau kerana offer yang ditunggu2? bimbang kerana tak ada duit? atau apa yang aku rancang tak terlaksana seperti yang dikehendaki? atau kecewa dengan sikap dan janji manusia????


OMG, segalanya berkemungkinan, kerana semuanya dalam fikiran. Gangguan macam ni rasa tak tenteram hati, resah gelisah tak tentu pasal. Jarang berlaku perkara begini dalam hidup dan rutin harian aku, tapi tidur tetap lena walau apa pun masalah yang dihadapi dan liat nak bangun....pulak tu kikikiki..... 


Semoga semuanya berjalan lancar, aku merancang untuk bulan depan balik kampung sebelum Asyraaf sunat itu je yang aku tahu, selebihnya biarlah serahnya kepada pencipta mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja. In shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA