Ahad, 6 Disember 2015

Asyraaf Dah Sunat



Alhamdulillah akhirnya saat yang dinantikan oleh Asyraaf  lebih kurang selama sebulan, malah dah lama asyraaf nak sunat, nah!!!! telah pun tiba dan selamat dengan perjalanan yang lancar tanpa sebarang insiden yang tak diingini.




Saat ini juga dinantikan oleh aku sendiri kerana ingin mengambil kesempatan untuk sunatkan anak beramai2 dan peluang untuk bersunat di masjid besi iaitu tempat Asyraaf mengaji.

Tanggal 6 Disember 2015, Asyraaf di khatankan beramai2 di masjid besi, bermula dengan pendaftaran, majlis rasmi, perarakan untuk acara mandi beramai-ramai dan kemuncaknya sunat beramai-ramai.




Giliran Asyraaf ke 79 tapi dapat lebih awal kerana ada yang telah sampai giliran tetapi tak nak sunat takut, nangis, si ibu la yang memujuk. Tapi bila tiba turn Asyraaf, memang dia nampak teruja, sememangnya dia teruja sejak tau nak disunatkan. Sampaikan orang yang masuk pun dia nak masuk jugak. Hahahaha...... Ibu ibu yang duduk di depan asyraaf dan petugas pun puji, semangat!!!!!! Dia tak sabar2

Maka macam sedih tapi semangat perjuangan harmonic nak kene  potong!!!!

Inilah yang dikatakan pengalaman anak beranak yang tak pernah berlaku, aku risau jugak. Mula2 masuk terbau hangit terbakar dengan bising suara budak menangis dan meraung.

Aku tau Asyraaf berdebar2, sebelum semuanya mula pegawai bertugas baca doa. Asyraaf pulak aku suruh dia baca Bismillah dan al-fatihah, dia di bius aku yang seram tapi aku tengok jugak prosesnya. Sekejap aku tengok sekejap aku kucup dahi dan pipi anak, urut dada dia supaya tenang.

Di sepetnya kulup yang nak di potong nak tau biusnya dan potong menggunakan laser, patut le bau hangit. Masyak Allah naik bulu roma, tak sanggup tapi tetap tengok, rasanya yang paling susah masa jahit, makan masa yang lama, masa ni aku dah boleh duduk.


Tapi inilah saat yang aku rasa berbangga dengan Asyraaf. Dia baca fatihah memang tak putus2 bacaannya sampai lah siap jahitan, memang dengar suara dia dengan surah itu sahaja semasa di sunat. Pegawqicbertugas pun puji asyraaf tak bergerak pun, pendek kata redha je dia. Malah menyenangkan kerja pegawai yang bertugas.

Masyak Allah sungguh aku tak tipu, kalau la orang di luar boleh dengar suasana di dalam dewan berkhatan mungkin lebih ramai  budak yang tak mau sunat. Yang menangis tu biasa, yang menjeritnya, lagi kesian jiran sebelah Asyraaf meraung, meronta  4. -5 orang yang control,  cakap apa entah dengan bapak dia, bahasa india, kene  paksa rupanya,   budak lagi Kecik je orgny

Selepas sunat kene tunggu 1/2 jam untuk perhatian sama ada ok atau ada pendarahan. Huh!!!!! Tak sanggup dengar budak meraung sakit!!!! Sakit!!!! Tak nak!!!! Ada jugak yang baca fatihah kuat dari Asyraaf tapi semakin luar barangkali sakit. Aku Tanya jugak asyraaf , dia kata tak sakit. Alhamdulillah. Semuanya OK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA