Khamis, 17 September 2015

Sambal Hijau


Bahan :
1. 2 ulas bawang putih

2. 6 biji bawang merah
3. 1 genggam ikan bilis
4. 12 tangkai lada cili hijau
5. 5 tangkai lada basah hijau
6. Sedikit air asam jawa
7. Garam dan gula secukupnya
8. Minyak masak secukupnya






Caranya :

Bahan-bahan 1-5 digoreng terlebih dahulu. Kemudian tumbuk/kisar semuanya. Bahan yang telah ditumbuk di goreng sekali lagi masukkan garam,  gula dan air asam jawa. Sambal tersebut di kacau sekali sekala  sehingga minyak pecah. Siap untuk dihidang.

P/s : Jika suka pedas tak perlu gunakan lada basah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA