Ahad, 20 Disember 2015

Oh!!!! Sekolah Oh!!! Asyraaf

Niat tukarkan sekolah asyraaf dah pun difikirkan beberapa bulan yang lalu, tetapi keputusannya selepas Asyraaf bersunat. Niat nak melawat sekolah pada 26.11.2015  yang lalu tertangguh sebab tolong mak cucuk sotong untuk kenduri rumah mok de.

Sudahnya 12.12.2015 aku ke sekolah, tub2 katanya 19.12.2015 boleh datang, pelajar masuk sekolah. Huh!!!!! cadang untuk tinggalkan Asyraaf kat rumah atuk tak menjadi, terpaksa ikut balik untuk beli keperluan sekolah dan pakaiannya.



Pertama sekali aku merancang untuk beli pakaian atau kain2 yang perlu dibasuh, perkakas kemudian. Alhamdulillah sikit2 membeli. Dalam masa yang sama jugak aku bertungkus lumus siapkan kerja yang tertangguh akibat bercuti seminggu jaga anak bersunat.

Abah Asyraaf pulak mintak bantuan untuk seorang separuh tanggung kos pendaftaran anggaran RM 1000. Tetapi sebenarnya sungguh!!!!! aku yang terlalu penat, kesana kemari mencari keperluan sekolah, yang berbeza dengan pakaian sebelum ini.

Memandangkan masa hanya seminggu, aku terpaksa buat checklist, Alhamdulillah, sikit demi sikit aku dapat sediakan, Dalam keadaan macam ni, bukan setakat masa dan tenaga, malah wang ringgit pun main peranan penting. Dapat la 8 helai jubah, 5 putih untuk siang, 3 pasang basahan atau waktu malam. Seluar putih, kopiah putih, sepatu hitam, seluar panjang, dengan cadar selimutnya underwarenya semua perlu ditambah, yang tak beli hanya hangger dan baju t-shirt.

Hari kemuncaknya Jumaat, aku baru bersiap untuk kemaskan pakaian Asyraaf, kerana hari jumaat jugak aku dapat belikan selimmut dan underware siap basuh sekali. Memang semalaman aku tak tidur, tub2 jam dah 6 pagi, baru aku bergerak. Singgah RNR Nilai untuk solat. Sambung perjalanan mata tak tahan mengantuk, aku pun call ustaz Isa yang menguruskan @ tuan punya sekolah. Dia kata 19hb untuk pelajar lama, esok pun dia kata cepat sangat, minggu depan pun dia kata cepat, awal tahun pun dia kata awal, sudahnya aku akur je la, Asyraaf akan tinggal dengan atuk dia sehingga sekolah di buka.

Betapa aku rasa lapangnya dada bila kata bukan 19hb, dan betapa merananya mata tak tidur semalamam. Masyak Allah dugaan apakah ini, mudah2an Asyraaf menjadi anak yang membanggakan ibu dia 1 hari nanti, in Shaa Allah untuk dia aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA