Kata pepatah "Tak Kenal Maka Tak Cinta" tetapi, kenal belum pasti akan cinta, atau mungkin cinta boleh pergi bila-bila masa. Eeemm.... hidup aku ni, lebih bebas andai orang tak mengenali berbanding jika mengenali ada saje sakat dan dengki dari manusia yang bergelar lelaki.
Walaupun 1 gurauan bagi mereka dan tersenyum yang aku mampu, tapi dalam hati belum tentu setuju dengan keadaan itu. Kadang kala hati ni terkucil juga rasa dipersenda, lagi sakit rasa terhina. Aku bukan "kain buruk" bila ada kekotoran "kain buruk" digunakan, selepas bersih "kain buruk" itu dibuang, tiada nilai dan tiada harga.
Walau aku bukan "Nujum Pak Belalang" sekurang-kurangnya aku tahu niat manusia yang "hidung belang" Hati dan cinta aku hanya untuk yang aku sayang, dan sayang yang aku harap adalah sayang yang HALAL. Kerana itu aku seperti pelarian, lari bukan mengejar atau mencari cinta, tetapi lari dari gangguan yang bermaharajalela.
jadi!!!! Mana mungkin aku ingin percaya,dengan terang-terangan membuatkan aku tak selesa, dengan kata dan tingkah laku yang lebih buruk dari aku yang tak pernah terniat untuk mengganggu. Mustahil untuk aku memberi peluang kepada mereka yang dengan sengaja ingin mengambil kesempatan.
Dingin aku inilah sebabnya, andai aku dipandang rendah mana mungkin akan aku menyanjung tinggi, andai aku dihina mana mungkin aku akan memuliakan, andai aku dipersenda mana mungkin aku akan menghormati dan andai aku tidak berharga mana mungkin aku akan menghargai. Mana mungkin aku setia andai aku tak bisa juarai Jiwa yang ku tak punya.
Lirik Dingin - Ziana Zain
Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama
*Chorus
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ujiannya
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah
Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama
*Chorus
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama
*Chorus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan