Eeemmm..... aku ni minggu ni kerjanya buat kerja orang. Huh!!!! lebih menyakitkan hati, buat kerja si tua tak sedo diri yang duk menghina aku. Saakittttt haattiii!!!!! Bengang betul la. Dah la aku buat kerja orang buat sorang2,waktu rehat aku tak rehat, hari jumaat yang rehat panjang pun aku tak rehat sarap x sempat lunch x sempat. Hadoi!!!! Orang tu sebelum jam 1 da hilang jam 2 tak de lagi kat office. Kalau ikutkan hati memang aku tak nak buat.
Kata kononnya2 kerja tapi paper dari 14hb sampai 24hb ada yang tak buat, 1 hari ada 6 paper tak silap 4 BM 2 BI. Agaknya kerja apa yang dibuat, manusia sorang ni agak puaka jugak la, cakap beso bukan main, macam dia tu bagus segala, dah tu kerja hari2 hanya paper cutting pun tak mampu nak buat, bukan kerja angkat balak pun. orang kerajaan bekerja 1 hari 8 jam tau, tak kan itu pun nak harap orang, sebab tu aku tak mau bantu.
Dulu mula-mula masuk je aku rajin bantu, yang buat paper cuting dah ada 2 orang sebilik tu, tambah aku jadi 3 orang. Pelik betul kat sini 1 kerja 3 orang nak buat, aku dulu di tangkak dan di pentarama sorang buat kerja banyak macam2, buat sendiri je pun tak harap dibantu orang. Pelik la....kerja macam budak terencat. Sebab nak bantu dia aku bertahan lapar semata-mata nak siapkan kerja dia orang. Kita dah tolong dengo pulak dia kutuk aku dengan si pompuan tu buat kerja berdua pun lambat, tengok sale la bagai kat paper, dia yg sorang tu siap jam 10 am. Dasar tua kutuk tak reti bersyukur dah ditolong cakap banyak.
Aku kene bantu sebab 1 unit dan nak cepat tapi lambat jugak, yang pompuan buat BI yang lelaki tua kutuk tu buat BM. Bila aku tolong si pompuan, si tua cakap jangan tolong dia sebab paper dia 2 je, bila aku tolong si tua tu, yg pompuan ni cakap tak ya tolong si tua sebab nanti petang dia tak de kerja. Memang betul pun. Aku ni antara manusia yang datang cepat di pejabat, bila dah cepat kadang2 aku yang tolong angkat paper, bukak lampu bilik sebelum buat paper cutting. Nak harap yang pompuan tu hari-hari lambat datang, pejabat ni macam bapak dia yang punya. Eeemm.... biarlah yang menjadi bos tanggung peel anak buah yang tak tau tanggungjawab.
Apa pun berbulan jugak bantu dia org. Sampai 1 ketika, si tua tu mintak tolong aku buatkan kerja dia, yang dia dah buat bernama online jer, pening katanya aku pun tolong la, lepas tu dia duk borang dengan si pompuan roomate dia la, seronoknya, ketawa berdekah2. Aku tak layan aku tak suka si tua kutuk tu, lagi pun mana nak search online mana nak cari and cut paper, sampai petang aku buat. Esok pun sama, mintak tolong si tua tu sego bego, tak nampak sakit, aku pun tolong la, nak terbako aku rasa bila aku lintang pukang buat kerja orang, sedangkan orang tu duk bercerita, ketawa macam puaka, duk jeling2 tengok kat aku duk berjalan sana sini, aku sampai petang buat kerja dia seharian, sedangkan kerja aku sendiri tak buat tak terusik.
Nah!!!!! Minggu seterusnya isnin aku buat tak tau aku tak nak tolong, eh!!!! bersuara pulak si tua tu, kenapa aku tak tolong. Huh!!!!! tolong pun tak guna ambik kesempatan, pegi mati la dia. Nak tolong boleh tapi tunggu dia mati dulu. In shaa Allah aku akan tolong. Sampai la sekarang aku tak tolong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan