Isnin, 3 Oktober 2022

Aku dan D

Sejak tinggal di JB ni, aku macam tiada hala tuju. Akhirnya aku buat keputusan mencari pasangan hidup. Mencuba dan terus mencuba. Apa yang aku ingin ceritakan adalah tentang seorang lelaki yang bukan orang Malaysia. Ye la, dah nama pun JB, berjiran dengan Singapore, maka orang sanalah dia yang aku kenali.

Tak pernah pun terlintas untuk mengenali orang seberang sana. Aku mengenali dia dari 1 app dan di profail dia lokasinya di JB, dan sememangnya aku mencari pasangan di JB. Kerana sebelum dia, aku mengenali seseorang yang bekerja di BP, ada beberapa konflik yang menyebabkan kami putus. Walaupun family dia dah berkenan, nak-nak mak dia, mak dia tau aku buat bouquet, aku buatkan bouquet kuih raya lagi untuk mak dia, aku buat pelamin untuk mak cik cleaner office pun dia teruja nak tengok, mak mertua mana tak suka kalau menantu serba boleh hahahah.... dia tak tahu yang aku di putrajaya selalu memasak, suka mengemas bagai. Jodoh bukan milik aku dan dia. Dia pun sepi tanpa berita.

Maka untuk melupakan dia,  aku pun sambut la sapaan D panggilan untuknya. Kebetulan aku ni tengah stress rasa nak melarikan diri dan nak bekerja di Singapore, aku pun duk borak kosong, baru le tau dia Singaporean. D terus terang sungguh dia kerja apa bagai, aku pulak masih berselindung tak mahu D tahu aku kerja apa. Aku cakap tak kerja je hahaha tapi sebab tak biasa menipu, sudahnya aku cerita jugak.

Permulaannya dia elok je, nampak dia sangat gentleman, tanya status aku bagai dan dia pun serius mencari pasangan. Susah sebenarnya nak cari lelaki yang nak serius dalam hubungan, rata-rata hanya nak menambah dosa dengan hubungan yang haram sahaja. Yang faham tu faham laaaa. 

Tetapi dipermulaan pun dah ada sedikit konflik. Dengan dia agak tercabar juga kesabaran aku. Aku sabar.. sabar.... dia agak keras ke garang ke macam mana pun tak reti nat terangkan tapi aku try ikut rentak dia. Cuba faham keadaan dan sikap dia yang suka mendesak. Dia nak aku care dengan dia, tapi dia balas whatapp pun selalu lambat, kadang2 esok baru balas, perangai aku ni memang suka menunggu,  x bising tak cakap apa pun, just tunggu jeee dengan perasaan yang bermacam persoalan. 

Satu perkara yang aku tak tahan dengan dia adalah molot dia. Siapa tak rasa sedih tak sampai 24 jam celebrate birthday dia, dah cari pasal dengan aku. Apa lagi!!!! aku bukan boleh, aku cakap je terus da x nak ada apa-apa dengan dia. Sadis betul, dia boleh video call and marah aku. 

Pelik weh..... Tak puas hati kene reject, tak pernah mana-mana lelaki yang ber pel gini hahaha.... masa ni la aku terus terang je apa yang aku tak puas hati dengan sikap dia, sambil menangis-nangis, nangis la dah kene marah kene maki, kene kutuk macam-macam, siap dia gertak aku, dia ingat aku takut. Tapi aku balik pujuk dia, baik semula. Seriusly, aku tak tahu kenapa aku bertahan dengan dia. 

Berkat sabar, akhirnya kami serasi, selepas sebulan baru jumpa. Dia ni ramah, selalu video call dengar je la cerita dia, dia suka bercrita, apa aku cerita dia tahu saje la serba serbi, masak pun pandai. Kelakar pun kelaka, happy juga la kenal dengan dia. Dia kata aku kuat melajuk hahahah..... ye ke.... tapi dia memang tahu kalau aku ni macam terkecik hati dengan dia.... 

Jangan ingat aku tak tahu lifestyle orang singapore yeeeee. Memang sangat sosial, tapi dia punya simpan, sikit tak cakap apa dengan aku. Cuma dia kata aku x open minded hahaha.... aku faham tapi lantakkan je. Banyak kali aku warning jangan macam-macam. Dia hormat aku sebab setiap kali dia video call aku selalu bertelekung, baru lepas solat, jadi tak ada le perkara tak baik berlaku. Terpulang le orang lain nak kata apa. Aku bukannya kisah. Yang pasti hidup ni doa banyak-banyak supaya Allah jaga kita. Banyak cara Allah nak jaga kita nak lindung kita.

Sebenarnya dia bukan taste aku pun, tapi sebab dah declare untuk serius, aku terima apa adanya, kegendutan dia, molot puaka dia. Dia la satu-satunya lelaki yang selalu aku doakan dalam diam, agar berubah sikap. Tetapi hubungan dengan dia pun tetap tak panjang kerana molot dia jugak, dan sikap dia yang suka nak bergaduh, dia ingat aku lelaki. Aku selalu mengalah dengan dia. Lama-lama aku pasrah dan berundur. Biasa la bila dia marah, molot cakap apa saja la, asalkan dia puas hati, kami hamun tu, aku dah faham sangat, aku pun dah tak de perasaan nak cakap apa, aku iyakan je, makin sakit le hati dia.

Dalam keadaan sedih itu pun aku doakan dia, rasa sakit hati ni, aku doakan dia. 1 malam aku bermimpin dia accident, aku pun teks dia, tak sangka jadi kenyataan. Aku harap itu jadi pengajaran buat dia. Bukan semua orang yang dia hina itu, bersikap dan berperangai yang hina. Cakap boleh cakap jangan sampai kata-kaya kita jadi fitnah, nah!!!! sendiri merasa akibatnya. Aku tak harap jadi mcm ni, aku pun tak sangka. 

Aku sebenarnya dah penat dengan hubungan yang asyik tak menjadi. Memang tak dinafikan, aku yang tak mampu mempertahankan hubungan. Aku cepat give up, bosan.... eeemmm... macam tu la. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA