Isnin, 20 Februari 2023

Baru Nak Cerita

Tak ada apa yang menarik pun, hanya cerita mengenai kuarters di Putrajaya. Da berbulan juga urusan kuarters selesai pada 7 Oktober  2022. Alhamdulillah  beban yang di taggung berbulan-bulan dengan kepenatan yang tak tergambar turasa lega sangat.

Berbulan berulang alik Putrajaya - JB. Uruskan kucing, selesai kucing, kemas barang-barang. Banyak yang diberikan orang selain jual perabot dan ada barang dapur yang tak sempat jual buang je. 

Dalam berbulan itu mengharap agar dapat balik ke Putrajaya semula. Akhirnya aku terpakda dan redha. Semua usaha tidak berjaya. bulan 9 aku cuti agak panjang jugak hampir sebulan. Uruskan perpindahan. Penatnya MasyakAllah. 

Aku tak ada pilihan, nak pindah semua barang ke JB perlukan modal besar selain sewa lory. Rumah di JB ni dengan deposit berbulan, sewa bulanan mahal. flet 2 bilik je dah RM800. Mohon kuarters di JB pun masih x de harapan.

 Memang aku buat keputusan jual semua barang yang mana boleh dijual. Aku sedih, sedih sangat barang-barang rumah hasil titik peluh aku sendiri bekerja dan menyimpan. Membeli sedikit demi sedikit, hingga la rumah tu hampir sempurna. Aku terpaksa berpindah jauh. 

Setiap hari setiap pagi aku dengan ceramah ustazah Asma Harun, kata-kata dia yang paling aku ingat. Apa yang kita ada didunia ni hanya pinjaman, semuanya milik Allah. Allahu Akhbar tersentap aku. Aku belajar dan pujuk hati untuk redha. Bukan senang nak usahakan semua tu dengan pendapatan yang cukup-cukup makan. 

Sehingga ke hari ini, rutin makan aku masih sama. pagi sarap, lunch time aku skip, malam baru makan, itu pun kalau da makan berat malam x makan, buat air cicah biskut. Bezanya sekarang hutang-hutang aku semakin berkurang, dan tahun ni tahun terakhir aku bayar kereta. Kurang lagi hutang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA