Ahad, 13 Disember 2020

Kek Coklat Tornado



Bahan Untuk Kek :

Bahan A:
5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak atau marjerin cair

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam halus

Bahan C:
1/2 cawan air panas

Cara-cara:
Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata gunakan senduk atau whisk.
Kemudian masukkan susu pekat dan marjerin.
Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.
Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung.
Masukkan adunan ke dalam bekas yg bersesuaian dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Bahan untuk topping cheese:

250g cheese tatura
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan non-dairy whiping cream
1/4 cawan susu segar

Cara-cara untuk topping cheese:
Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.
Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.
Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.
Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.

Bahan untuk coklat ganache:

500g milk chocolate
1 cawan dairy whipping cream
1 sudu besar marjerin

Caranya :
Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.
Kacau sehingga likat dan smooth, biarkan sejuk seketika.
Kemudian tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping jika mahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA