Sabtu, 6 Jun 2020

Sayur Lodeh v/s Kuah Lontong





Bahan-bahannya :
2 keping Tauhu (digoreng)
2 keping Tempe (digoreng)
2 biji Kentang (digoreng)

Bahan tumisan :
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 biji bawang merah kecil (dikisar)
3 sudu besar Udang kering  (dikisar)
1 barang serai (diketul kasar)
200ml Santan KARA
Serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula
Minyak untuk menumis


Sayuran :
Lobak merah
Kacang panjang
Terung
Sengkung
fucuk (direndam sehingga lembut)
Soon (direndam sehingga lembut)
Cendawan kulat hitam (direndam sehingga lembut) dalam gambar ni tiada

Caranya :
Tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau, masukkan sayuran yang keras iaitu lobak merah, kacang panjang, sengkuang dan terung, kacau seketika sehingga semua sayur separuh masak. Masukkan pula air secukupnya. Apabila kuah mendidih kecilkan api masukkan pula bahan- bahan yang ditela digoreng dan kacau sebati. Masukkan pula santan, serbuk kunyit. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila kuih mendidih lagi, Sayur Lodeh siap dimasak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA