Khamis, 4 Jun 2020

Donat Sambal


Hari ini akan jadi kenangan bila esok dan lusa akan kita lalui, maka apa yang jadi pada hari ini tinggal kenangan. Jadi untuk dikenang khusunya seluruh manusia perlu berada dirumah ak PKP kerana virus covid19, maka terhasil lagi lagi masakan yang di Cuba pada hari ini iaitu kuih favorite sendiri. Alhamdulillah jadi dan boleh la share resepi disini.



Bahannya :

1. 5 cawan tepung gandum
2. 2 sudu Majerin/ butter
3. 2 sudu Susu
4. 3 sudu Gula
5. 1 peket Yis
6. sediikit garam
7. 1 cawan air

Caranya :

Masukkan gula dan susu ke dalam 1 cawan air dan kacau sehingga larut, kemudian masukkan  yis dan biarkan sehingga berbuih @ yis kembang.

Kemudian di dalam bekas lain, satukan tepung majerin/ butter dan garam ramaskan bagi rata.
Masukkan pula bancuhan yis yg telah berbuih itu tadi ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh dan tak lekat ditangan.(masuk sikit2 kalau kurang tambah air lagi).

Sediakan dulang yang ditabur tepung dan buat bulat- bulat kecil doh tadi ke dalam dulang dan rehatkan doh sehingga kembang dan cantik.

Doh dah berubah kembang dan cantik boleh la  digoreng.

Untuk Sambal buat seperti sambal tumis biasa je tetapi jangan cair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA