Sabtu, 19 Mei 2018

Resepi Mango Float ku Viral

perkongsian di FB Sirap Limau

Aku memang suka memasak, Tapi Bukan bererti Aku tahu masak semua benda. Cuma Aku suka mencuba resepi baru, dapat la aku berkongsi resepi disini dan semenjak aku join group masakan, dapat la aku berkongsi resepi dan cedok resepi mereka yang mana aku berkenan. Alhamdulillah.
Nak dijadikan cerita aku pun share la resepi  mango float yang pernah aku share resepinya Di blog ni, kali ni aku buat video sekali VivaVideo hehehe. Tak sangka dapat like n share melebihi 1K @ 1000., di group masakan tersebut. Kiranya ini dalam sejarah la kerana perkongsian ini di minati ramai.

Tak cukup disitu, rupanya posting aku mencuri perhatian  salah seorsang penulis @ wartawan dari sirap limau. Dia PM aku, mintak izin untuk kongsikan resepi itu di website dan link dengan FB sekali. di FB lah mendapat banyak like, dan dia kreditkan nama aku sebagai penyumbang resepi.
Aku!! Mesti le bebesar hati untuk berkongsi, bukan apa kebiasaannya aku berkongsi makanan bersama kawan- kawan di pejabat. Tapi kali ni dapat berkongsi resepi untuk orang ramai yang bukan dikenali malah pelbagai kaum diseluruh Malaysia. Eeemmm nampak macam tak ada apa2, Tapi perkongsian ni, bila orang membuatnya secara tak langsung Aku dapat pahala. 

Malah aku membaca juga komen mereka yang share resepi tu. Secara tak langsung dapat eratkan silatulrahim bila adik beradik nak buat dan adik beradik lain nak balik semata-mata untuk menikmati resepi ini.  

Alhamdulillah sempena bulan baik ni, bermacam pahala kita boleh perolehi. Kalau nak kata popular tu tidak la. Dia hanya letak nama penuh je, siap link dengan FB aku. Ini pun jadi bertambah pulak followed aku di FB. Aku memang x minat nak tambah kenalan, nak kurangkan lagi ada la.

Sebenarnya ini memang Luar Dugan dan tak sangka ia jadi viral Alhamdulillah ini namanya viral yang memberi Kebaikkan kepada orang ramai malah mendapat pahala. Mudah-Mudah2an ada yang jadikannya sumber pendapatan, lagi la banyak pahalanya. Amin!!! Kita hanya merancang Allah yang menentukannya.

Nak tau ke? ah jom click link ni siraplimau.com nak kenal PM tepi ye ehhh!!!! hahahaha sekian.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA