Isnin, 14 Mei 2018

Kastard Labu









Bahan-bahan :

1. 1 biji labu sederhana besar buang biji 
2. 1 cawan susu cair 
3. 4 biji telur gred B 
4. 2 sudu mkn tepung kastard 
5. 1 sudu kecil  esen vanilla 
6.  susu pekat @ gula ikut manis yg disukai 

Air gula :

1. Gula melaka (jumlah ikut kemanisan yang diinginkan)
2. Air secukupnya
3. Daun pandan


Caranya :



Tebuk  labu dibahagian atas dan buang biji. Basuh labu hingga bersih dan ketepikan seketika.



Proses seterusnya pukul  telur bersama esen vanila hingga sebati. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan tepung kastard, kacau lagi hingga sebati. 





Kemudian tapis, masukkan ke dalam labu.



Panaskan pengukus dahulu dalam 10 minit Kemudian kukus hingga betul-betul masak. 




Dah siap, boleh dimakan dalam keadaan panas atau sejukkan jika suka makan sejuk-sejuk. Rasanya kurang manis kerana itu saya buatkan kuah air gula melaka.


Untuk Air gula, jerangkan air secukupnya, masukkan gula melaka dan daun pandan, biarkan hingga mendidih. Kemudian tapiskan air gula dan siap untuk dijadikan sirap Kastard labu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA