Rabu, 7 Disember 2016

Beca Putrajaya


Ini merupakan salah satu tarikan di Putrajaya yang aku sendiri baru tahu melalui majalah 3. Kesokkan harinya selepas balik kerja aku bawak mak dan anak ke sini semata-mata untuk melihat sendiri dan  ingin merasa menaikinya.  


Bukan kereta ye, tapi beca moden @ Putrajaya, membawanya dengan mengayuh seperti basikal hanya fizikalnya kelihatan seperti pacuan 4 roda, tapi ini memang 4 roda ada empat padel so semua seat ada pedal untuk mengayuh untuk menggerakkan beca ni, agak semput jugak la kan sebab nak mengerakkannya. Sebabnya body beca yang berat amat, rangkanya diperbuat dari besi hahaha....



Terletak di ayer@8 di presint 8 Putrajaya, harga atau bayarannya RM20 untuk beca bentuk kereta dan RM25 untuk beca yang  berbentuk Van. Jaraknya tak jauh, memang rasa macam tak puas hati kan, tapi sebenarnya kalau jauh pun takut tak larat nak kayuh terutamanya Van, boleh semput terutamanya part nak pusing, ini bukan kereta OK, so memang payah sikit, manual semuanya perlu kerjasama untuk melancarkan perjalanan giruwwww.




Sebenarnya banyak pilihan dari beca yang berbentuk kenderaan, basikal 2 padel, 4 padel basikal motor pun ada. Sangat sesuai untuk family kerana ada seat baby. Tempat riadah keluarga buar orang putrajaya sangat sesuai disini. Selain tu ada la bubble untuk kanak-kanak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA