Ahad, 27 Mac 2016

Kasih Tak Terucap


Untungkan kalau ada insan yang sayangkan kita, ambil berat pasal kita, bertanya khabar setiap hari dan berkongsi cerita.  Siapa sangka dalam keadaan aku yang pasrah untuk hidup sendiri yang kini sebok dengan tugas baru tiba-tiba ada insan hadir mengisi episod hidup aku. 

Walaupun usia perkenalan masih umpama pucuk muda, bercakap di telefon pun 2 ke 3 kali sahaja, bertemu pun hanya sekali dua, tak sangka aku telah menawan hati si dia... ceh ayat!!!. Dia meluah rasa hati dengan titipan lagu, sedangkan aku faham tapi buat-buat tak tahu, hingga dia terpaksa berterus terang meluahkan perasaan yang terbuku didalam seketuk hati nan satu.

Akuuu... cukup aku katakan yang aku suka dia, selesa dengan dia, walaupun dia hanya lelaki biasa sahaja. Tak lah sado, tak la bergaya, orangnya cukup sederhana dan yang penting cukup sayangkan aku, dan ungkapan itu yang selalu dibaca, cukup la begitu rasa cukup dihargai.

Tapi!!!!! aku tetap dengan kedegillan aku yang tersendiri.Tak pernah meluahkan perasaan apalagi nak lafaz "rindu" dan "sayang" umpama "kasih tak terucap" aku tak mahu menipu diri sendiri. Kalau sememangnya perasaan belum betul-betul wujud dalam hati. Aku tak mahu main-mainkan dia, seperti mana hati aku dipermainkan. Seawalnya aku maklumkan yang aku susah nak rasa sayang. Dia pun faham mengizinkan masa untuk menentukan.

Aku berhati-hati bimbang bila dah sayang, dia pulak beralih hati melangkah pergi, tinggalkan aku sendiri merana lagi, mencari penawar merawat luka hati. Cukup la pengalaman lalu sebagai pengajaran. Andai ada jodoh antara aku dan dia maka aku terima apa adanya, usia dah meningkat tua.

Setakat ini hanya dia yang betul-betul ikhlas dan dia juga yang bersungguh-sungguh dalam hubungan ini berbanding aku. Walaupun perancangan untuk langkah seterusnya masih tak jelas. Tapi kias-kias dari dia buat aku faham. Aku tau dia sirius dengan hubungan ni. Walaupun aku tak pernah sekali pun  meluah perasaan. Cukup aku katakan Aku hanya ingin bercinta selepas nikah. 

Aku tah mahu menaruh harapan yang tinggi, kerana masa depannya masih belum pasti. Kerana yang datang dan pergi silih berganti, yang mana satu pun aku tak pasti, namun hati-hati memang aku berhati-hati, agar hati ini tak terluka lagi. dalam doa aku hanya mohon ditemukan jodoh yang benar untuk aku. Tak sanggup nak rasa kecewa atau mengecewakan sesiapa.

Aku hanya berharap Allah merestui hubungan suci ini, tak lain, hanya kerana Allah. Menyayangi orang yang patut disayangi, meluah rasa kepada orang yang patut merasainya dan menjadi imam semasa mengadap ilahi. In Shaa Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA