Isnin, 6 April 2015

Tegur!!!!!!!!!!



Eeeemmm...aku ni memang tak suka menegur orang. Tak suka dan tak semestinya orang boleh terima teguran kita. Apa yang aku tahu aku sedang perbaiki diri sendiri, malas nak ambik tahu pasal orang lain, pasal politik, pasal dunia atau pasal Najib dengan GST nya. Kalau Allah izinkan-Nya jadi, maka terlaksana jugak, tunggu dan lihat PRU akan datang, hanya itu yang aku mampu kata, kerana segalanya2nya adalah dengan Izin-Nya.

Tapi itu la, aku ni memang tak boleh ditegur, atau nak tegur kene ada cara, tak kene cara aku betah balik, jangan main2 aku memang da bergaduh dengan ramai orang lelaki ni, tak hormat kita tak pe tapi jangan sampai pandang aku macam sampah!!!! Apa ingat aku nak pandang mulia dengan orang macam tu, lagi la aku pandai orang begitu serupa taik aka najis....

Sentap jugak bila 1 day, ada orang menegur, cara aku mendidik anak memang  "YA" salah aku tak kejutkan anak solat subuh hari tu, tapi jangan la sampai jatuh hukum, rebung jadi buluh la bagai, betul la aku cakap anak2 ikut ibu bapanya, kalau setakat 1 hari subuh tak bangun!!!!! boleh membuta tilukan mata dan telinga anak, sedangkan dia selalu nampak ibu dia solat, bukan nampak, tapi solat sama2. Nak menegegur tu diplomasi la sikit. Tak tau jangan ckaap ikut sedap molot.

Dah betul la sebagai orang tua atau hampa-Nya kita perlu berdoa dan mendoakan yang baik2 untuk anak kita, itu yang dituntut oleh agama. Rasulullah s.a.w. tegaskan dalam hadisnya “ Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.”Nah!!!! boleh pertikaikan pulak!!!! Aku ni tahu siapa aku, aku sedar aku tak berilmu, aku tahu amalan aku tak mencukupi... Tak tau la kalau dia pandang hina pada aku.... Tak kisah la aku pun tak marah..... hina di mata sesama manusia, tapi pandangan Allah tetap sama setiap manusia, walaupun seorang janda!!!!...   


Boleh tanya pulak Allah perkenankan doa tu macam mana?  Boleh pulak cakap Allah tunaikan doa melalui orang lain. Ya memang adakalanya melalui orang lain. Yang kononnya dia nak cakap dia nak menegur itu yang di katakan "orang lain" kan senang cakap "saya menegur je"ini tidak pertikai itu ini, panjang lebar pulak ceritanya. Memang le aku menjawab!!!! Dah!!!! cakap aku pulak tak boleh ditegur, memang la, teguran itu menyakitkan hati aku, tak tau kesusahan aku, pengorbanan aku, usaha aku untuk pelihara anak, boleh cakap aku ego, memang la.....

Aku dah merasai bahawa doa malah hanya niat didalam hati telah di kabulkan. Contoh yang mudah yg orang boleh lihat. Aku nak keluar tangkak nak duduk Putrajaya. Aku nak fokus untuk mendidik anak aku dan jauh disudut hati aku nak menambah amalan, tapi sebelum Allah nak bagi kemudahan, aku diuji dengan pelbagai kesukaran, kerja yang tak menentu, bekerja dari pagi sampai ke pagi, gaji hampir setahun baru naik, perbelanjaan di kampung dan diri sendiri, berjauhan dengan anak, uruskan perpindahan ruman sendirian, selalu out station, tinggalkan anak pelajaran terabai, yang akhirnya aku buat keputusan  pindah dan keluar jabatan. Alhamdulillah!!! Sekarang aku boleh fokus dengan Asyraaf, aku sedang Istiqamah dengan amalan sunat, dan aku happy dengan apa yang aku lakukan. Bila niat yang baik, Allah balas dengan kebaikan.

Memang aku ada beli sebuah buku panduan ibu megandung masa awal megandung dulu dan aku amalkan sehingga kini doa2 ringkas.  Bila aku bagi tau, dia pertikaikan lagi, "buku boleh bercakap ke untuk beri nasihat" Ini le manusia tak tau hujung pangkal terus nak hentam, apa lagi memang kene hentam jugak le dengan aku.... Masih lagi nak kata, tak boleh tegur macam mana Allah nak kabulkan doa2 yang akan datang? Amboi!!!!! hebatnya dia berkata!!!! Siapa dia untuk berkata begitu????? Allah sentiasa menunggu doa2 dari hambanya... Aku hanya yakin dengan janji Allah daripada orang seperti dia. Dia sendiri pun belum ada pasangan, entah kan ada entahkan tidak, anak!!! lagi la tak tau kan!!!! So ayat kene jaga, diri sendiri pun masih tak sempurna. Diri sendiri pun kene berdoa, bukan pertikaikan doa tuhan atau kuasa tuhan untuk memakbulkannya.

Tau pulak marah bila aku cakap dia tak ada anak,  berbini pun tak lagi!!!  walaupun usia dah 40... Ada pulak kata tengok sepupu sepapat, kawan2 didik anak, berapa lama masa tengok dia orang didik anak, 1 jam, 1 hari, 1 bulan @ 1 tahun... setakat tengok je pun!!!! Waktu bila??? waktu solat ke? waktu makan ke? Huh!!!!! Sedikit pun tak memberikan pengalaman, cakap senang la, tapi kene ingat anak ni amanah & anugerah, bukan sesuka hati nak kerah itu dan ini, nak mendidik anak pun mengikut perkembangan usia. Mungkin dia pandai dalam akademik, tapi kene ingat dalam mendidik anak atau menjadi ibu tak perlu sampai ke menara gading melainkan untuk menjadi pakar, berapa ramai ibu bapa tak belajar tinggi tapi berjaya mendidik anak, berapa orang yang berkerjaya tapi anak tak berakhlak... Cakap memang senang tapi teori tak sama dengan praktikal....

Memang la dia tu mengkrususkan orang tentang perniagaan, sebab dia ada pengalaman, tapi bab anak dia belum menanggungnya lagi.... So berbeza.... Jangan nak suruh orang ikut telunjuk dia, sedangkan dia sendiri pun tak tau lagi hala tuju masa akan datang... Mungkin aku tak pandai, tapi kene ingat aku bukan setapak langkah dari dia, tapi lebih dari itu, kesusahan, kesedihan, belum lagi bab urusan anak, urusan rumah..... segalanya aku uruskan, tak perlu belajar tinggi, kerana pengalaman tak boleh dibeli, tak boleh dipelajari tak boleh dicari tapi dilalui sendiri...

Dia kata aku pertikaikan nasihat dia "kononnya" tapi dia tak tau yang aku rasa, dia mempertikaikan aku mendidik anak, dia tak tau pengorbanan seorang ibu dari dalam kadungan sehingga usia mencecah 9 tahun, dia tak tau segalanya aku kene buat, aku kene tanggung, kalau nak tunjuk hebat bukan dengan apa yang tak ada!!!!. Terkejut kan, bila orang SPM mengajar orang belajar oversea, aku tidak boleh di tegur atau dia yang tak boleh terima kritikan... Memang la jodoh kuasa tuhan, tapi kalau sikap nak orang ikut telunjuk dia, memang jadi bujang terlajak le selamanya, bukan mendoakan tapi jadi manusia kene belajar jugak terima kritikan, begitu la hakikat rumah tangga, isteri lebih kenal suami zahir dan batin, berbanding ibu yang mengandungkan dia, bukan kelebihan malah kekurangan, bersedia untuk dikritik atau ditegur.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA