Khamis, 16 April 2015

Nawaitu!!!!


Alkisahnya Isnin lepas, macam biasa la niat nak puasa, Alhamdulillah...  Semua berjalan lancar. Lunch time aku balik goreng ikan keli, tapi balik kerja sambung lagi masak sayur pulak, last sekali buat la sambal belacan. Sedang aku menumbuk, ikan bilis terpelanting ke luar lesung, dengan pantas aku ambik masuk mulut hahahaaaa sambung menumbuk, tiba teringat yang aku puasa, dah!!! nak buat macam mana dah telah baru ingat.... tak pe la puasa sunat, lagi pun memang tak sengaja. Aku teruskan je puasa terima atau tidak tu biar malaikat yang mencatit.

Cerita pasal puasa ni, aku nekad untuk berpuasa sunat sebanyak mungkin pada tahun ni, walaupun baru mula bulan Mac tak pe la, yang penting buat, ini lah antara amalan sunat yang mudah dan mampu untuk aku buat sejak zaman dara lagi, tapi macam dah lama juga rasanya tak puasa sunat disebabkan kekangan kerja yang tak tentu. 


Untuk berpuasa aku akan pastikan setiap minggu Isnin dan Khamis tak ada sebarang kerja, ada pun bukan kerja berat supaya aku dapat puasa.  Alhamdulillah bila niat baik ada sahaja panduan yang memudahkan, itu yang buat aku lebih semangat. Alhamdulillah.... sebenarnya.... perbuatan yang orang tak nampak ini lebih membuatkan aku rasa happy, biarlah Allah yang tahu apa yang aku lakukan sebagai hambanya.

Apa kata orang tak perlu di pedulikan lagi. Kalau orang mengata  kerana status biarpun perkara yang betul, itu dah dikira mengumpat, kalau orang berkata sesuatu yang tak betul itu bermakna fitnah, Alhamdulillah itu juga menambah saham Akhirat untuk aku, makanya aku maafkan sesiapa saja yang mengata mengenai aku, kerana aku patut berterima kasih sebab mambantu saham aku meningkat hahahaha..... Amin!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA