Khamis, 26 Mac 2015

Jom Zakat...


Aku baru daftar untuk buat pemotongan zakat pendapatan. Al-kisahnya lepas balik kursus aku ambik cuti, kebetulan nak ke Mydin di Presint 15, singgah la ke PPZ aka Pusat Pungutan Zakat, kalau betul la.Tak betul pun x pe bukan exam pun.

Cadangan nak bayar di johor, almaklum le asal johor, rupanya tak elok, lebih afdal bayaran dibuat tempat kita mencari rezeki. So buat la sebelum LHDN cari, hehehehe.... masih belum layak lagi. 

Ada la sikit ilmu aku belajar, kalau macam aku ni kategori bayarannya x sama macam pompuan bergelar isteri aka para isteri bayar lebih sebab anak2 bapaknya yang tanggung. Dikira dari jumlah gaji kasar aka keseluruhan gaji tidak termasuk hutang, jeng..jeng..jeng... Tapi bayaran akan dikurangkan kalau ada potongan KWSP, potong tabung haji, bagi ibu bapa, tapi aku tak simpan di tabung haji secara konsisten, bagi mak pulak walaupun pun konsisten setiap bulan aku tak mau kira, ala sebulan RM50.++ jer. 

Jadi la yang penting sedar diri untuk membayar zakat, slogannya, "Zakat Membersihkan Harta dan Jiwa" in syaa Allah Amin!!!!. Tapi itu la rugi pulak, aku pergi tak bawak Asyraaf, kalau tak boleh dia belajar zakat tu apa???, lepas tu siap la jawapan dari soalan dia yang bertalu2 macam peluru sesat, sebarang je dia tanya, dia ingat ibu dia Dr. Prof. hahahaha....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA