Khamis, 6 Jun 2013

Untuk Asyraaf




Nak di jadikan cerita bila aku mula bertugas di Putrajaya, akak pulak kerosakkan henset, cal tak dapat2 sakit jiwa aku dibuatnya.

Memandangkan Asyraaf da besar aku pun belikan henset ini untuk dia, cadang nak beli yang RM 99, amboi bujang aku pandai memilih, nak macam ibu dia jugak, puas aku meronda Tangkak, terbekenan pulak dengan henset ini, RM199 jer.

Pada aku memang mahal bagi seorang budak yang berusia 7 tahun. Nak buat macam mana dah susah nak berhubung, sedih tinggalkan bujang aku yang sorang ni, dikenang-kenang, air mata bergenang, terpaksa tinggalkan dia buat sementara waktu.

Baru tinggalkan 2-3 hari aku balik, berita sampai pada aku, dia tak nak makan, nak lauk telur jer,alahai kesian, bila ibu dia balik bukan main dia yang ajak makan kat kedai, siap order sup tulang, aku bawak makan tempat biasa order sup ekor dia setuju dan memang aku ajar dia makan sup ekor, dia order lagi sayur kangkung. Walaupun sepinggan tu tak licin ,MasyakAllah, habis dia makan, cukup berselera, dalam hati aku kata "rindu kat ibu dia agaknya...

Sementara aku ada, aku bawak la dia ke klinik 1Malaysia, batuk dan selesema bujang bertuah ni, kene masuk oksigen pulak sebab kahak banyak sangat, mak aku pun sekali buat chek up, suspek darah tinggi.



Eeemmm..... ini masih baru, harap2 Asyraaf dapat belajar berdikari masa ketiadaan ibu dia, hajat hati memang nak bawak secepat mungkin ke Putrajaya, tapi masalah besar sebab selalu out station, dan kalau dia di sini tak de sesiapa yang nak uruskan, memang masalah, in syak Allah maku harap tak lama di PENTARAMA ni, aku tak berapa minat, aku lebih suka kerja waktu pejabat, tak de OT & TNT pun aku tak kisah asalakan anak ada depan mata aku, aku dapat asuh dia dengan cara aku. Susah senang tu perkara biasa pada aku, pandai le aku uruskan semuanya, tanpa Asyraaf tahu kesusahan aku, dah memang dia adalah tanggungjawab aku. Masa di Kampung pun segala urusan aku buat untuk dia. Dengan rasa senang hati walaupun penat tak terkira, aku tahu semua tu ada ganjaran dari yang maha esa, apa pun keadaan aku sentiasa belajar untuk ikhlas.


3 ulasan:

  1. Idah, kat JB ada kosong, tempat En. Selva. Cuba la mintak. Kak Tipah dah tolak S22 sbb tak nak berhijrah ke JB. Sian la tengok Asyraf mcm tu. Kalau saya pun lebih baik tak naik pangkat, janji anak ada depan mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe la misah, kat JB pun sama jer, saya tak de sape2 pun..... apa pun saya cuba usaha untuk tukar dan keluar dari pentarama... dapat tukar ke cawangan @ bahagian lain pun ok dah .... biar la johor tinggal kenangan....

      Padam
  2. Yer..teruk keje kat daerah dan negeri. Keje kat Bahagian ok sikit. Cuma nya awak termasuk ke Pentarama pulak...mmg tak dok rumah le jawabnya.

    BalasPadam

SESEDAP RASA