Isnin, 3 Jun 2013

Akhirnya Pasti


Sebenarnya aku dah lama tahu yang aku dapat S22, maklum la kawan ada kat HQ Putrajaya dah bagi tau, tapi aku tetap tunggu dan menunggu, sama ada pasti atau sebaliknya, maklum la aku tak guna sebarang kable @ pengaruh orang berpangkat seperti sesetengah pihak  untuk naik pangkat dengan jalan yang mudah. Dari temuduga 20 September 2012, dari hari ke bulan, hingga tahun pun berubah, akhirnya aku dapat keputusan, keputusan yang sangat mengejutkan aku. Pada dasarnya aku memang nak ke Putrajaya, dah tak nak duk Johor mahupun di Daerah. Tujuannya aku nak duduk opis da malas nak buat kerja luar, pergi awal2 pagi, balik lewat2 malam, maklum la dah tua, nak fokus dengan pelajaran anak bab ilmian dan rohanian dan fokus dengan kerja aku je, tak kisah le kerja waktu pejabat pun, tak kisah pun tak de OT @ TNT, tujuannya untuk bagi masa untuk anak.

Tub!!!! Tub!! aku kene cawangan PENTARAMA, sungguh mengejutkan aku, macam mane aku boleh tercampak ke situ, pelik sangat!!! sangat!!!. Aku kan pompuan, diletak kat tempat yang biasa tugas lelaki. Nak kata aku macam tomboi, alamak jauh le sangat2, mungkin yang baca nama aku terbalik agaknya huhu.

Sampai sekarang aku tertanya2, kawan2 lain bertukar masih duduk kat opis lagi, kerja aku kene belajar semula. Mana taknya, macam2 kene jaga, dari kenderaan sebanyak 5 buah dari lori, bas & van, kru pentarama dari pemuzik, artis, teknikal sampai JAV semua tu tanggungjawab aku nak kene jaga, tambah lagi kene jaga busana artis pulak, punya le banyak baju, sekarang ni tengah mengemas baju-baju artis.

Apa pun keadaan aku redha je la, walaupun apa yang aku rancang tersasar, hanya memikirkan apa agaknya hikmah disebaliknya. Banyak betul perkara baru yang aku belajar, bukan setakat kerja, bangunan, gred dan tugas di tempat yang baru. Tapi kehidupan, dari segi kediaman, pemakanan, pergaulan, pengangkutan juga serba serbi memberikan pengalaman baru, belajar sendiri dan bertanya, sedikit pun tidak menyusakan kawan2 di Pejabat ni. Nak balik rumah pun pandai2 je la.



hari pertama bertugas 30 Mei 2013, dengan pakaian yang sama semasa temuduga....


Ramai yang bertanya aku, tinggal kat mane, naik apa, bebagai la, senang je jawab aku "pandai le saya nak hidup". Bukan apa aku malas nak fikir, kehidupan ini, apa yang aku dahapi aku wajib lalui, tidak boleh tidak, tak ada nak mengadu, tak de apa yang nak diceritakan. Aku naik LCCT tun sampai terlajak, kadang2 tergelak sendiri aku... sambil berfikir ini lah kehidupan baru aku.... macam-macam......

4 ulasan:

  1. Di Putrajaya, IDah dok di mana? Yer la, kalau saya pun susah jg. Semuanya serba baru. Dah tu sorang2...kalau ada geng ok la juga. Tengok gambar IDah tu badan dah berisi skrg. Semoga senang hati di tempat baru.

    BalasPadam
  2. saya duk bilik sewa misah, tapi kelengkapan semua ada, itu pun saya cari online jer.... Alhamdulillah.. nasib baik dapat, tak kisah le mcm mane pun keadaannya yang penting cari tempat tinggal jer, pas ni nak mintak kuarters

    BalasPadam
  3. Ok lah Idah..yg penting boleh laksanakan tugas dan tanggungjawab. Yer la, dah keje kita mcm ni kena laksanakan juga. Sebab rezeki kita di sini.

    BalasPadam
  4. In Syak Allah Misah, saya akan jaga nama Johor....

    BalasPadam

SESEDAP RASA