Selasa, 28 Jun 2011

Sedih Henset Kesayangan Hilang

Sony Ericsson-W100i-Spiro




henset inilah yang hilang....


Kerana tugas iaitu Raptai Juruacara Sempena Karnival Biotek Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada 23 Jun 2011 yang lalu sangat membuat aku terkilan, mana tidaknya henset kesayangan hilang pulak.


Aduhhh!!!! sedih betul , walaupun murah tapi henset tu cute dan aku beli henset tu kerana warnanya yang sama dengan warna moto skuter aku, aku beli henset tu sempena hari jadi aku sendiri pada bulan 2 yang lalu, tak sangka pakai beberapa bulan dah hilang, ini henset ke dua yang hilang, pertama pada September 2006.


yang bestnya henset ni boleh bluetooth jadi bila aku ambil gambar menggunakan henset aku bluetooth ke notebook aku dan save ke pendrive. Apa nak buat bukan rezeki aku, memang kecuaian dan kesalahan aku, walaupun dah hilang dan ada henset yang baru, tapi aku rasa macam aku boleh dapat balik aje henset ni...... tengok la pada keadaan, kalau Allah mengizinkan untuk aku jumpa semula henset tu, maka jumpa lah, jika diizinkan tu jer.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA