Isnin, 13 Jun 2011

Apabila anak sudah ke sekolah




Bila anak dah mula ke sekolah bertambah lagi satu tanggungjawab sebagai ibu untuk mengajar anak selain guru. Tercabar juga kesabaran bila anak tak mau buat kerja sekolah, bukan mudah nak memujuk, malah masa yang singkat hanya pada sebelah malam sahaja untuk tunjuk ajar anak, jika lewat anak akan tidur dan pada sebelah siang tak sempat untuk mengajar dia kerana komitmen dengan kerja yang sedia ada.

Tapi Alhamdulillah setelah memahami sikap dan perangai anak sendiri, baru lah aku tau macam mana nak anak aku terus buat kerja sekolah yang dibawa balik. Aku bersyukur "alhamdulillah" Asyraaf mudah, tapi ada caranya, kene layan dia betul2 dan berlembut selalu. Dengan cara itu dia akan buat kerja sekolah.

Apa yang lebih baik, dia sendiri yang suruh kita bacakan untuk dia. Mudah-mudahan anak ibu, Muhammad Asyraaf akan berjayapada masa akan datang. Amin!!!!....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA