Selasa, 29 Disember 2020
Naik
Hahahha... apa yang naik, badan aku yang naik, adoi la, pening la kepala. Banyak baju da sendat, sempit tak muat tu tak payah la nak kata. Kemarin cadangan Disember nak skip gula aka tak nak minum air manis. Tub.. tub KPKB mana tahan duk rumah tak minum air manis hahaha
Selasa, 15 Disember 2020
Ayam Kukus Halia
Musim-
musim- hujan ni makan yang berkuah, sup-sup, kukus- kukus memang sedap, Jom try
menu yang 1 ni, menu sihat sesuai untuk yang diet.
Ahad, 13 Disember 2020
Isnin, 7 Disember 2020
Kenangan masa KPK
Alhamdulillah, PKPB dah berakhir di Purajaya, makanya hari ni bekerja seperti biasa. Walaupun hakikatnya aku bekerja pada setiap hari, tetapi dalam masa yang singkat. Da siap kerja boleh balik. Peluang yang ada aku ambik kesempatan untuk meniaga, jual kek batik dan terbaru korean Garlic Cheese Bread. Alhamdulillah ramai yang suka. Bila kembali bekerja seperti biasa. Aku pun stop.
Isnin, 16 November 2020
Jumaat, 6 November 2020
Rahsia dan Takdir
Tetiba je teringin nak cerita, cerita diri sendiri. Eeemm... perempuan seperti aku, yang usia semakin meningkat, tetapi bujang kali kedua, bagi aku tak banyak halangan, tak tinggi mana dugaannya berbanding dengan ujian semasa dalam proses berpisah. Allahu Akhbar, hanya Tuhan sahaja yang tahu, rasanya umpama tiada siapa pun yang mampu membantu aku dalam kesulitan dan hanya mampu berserah dengan ketentuan.
Isnin, 19 Oktober 2020
Pesanan Buat Kaum Adam
Eeemm... Selagimana seorang wanita itu tiada pasangan selagi itu akan ada lelaki ingin mengenali. Walaupun begitu, kadang kala... ada juga yang ingin mengenali wanita kerana menyangkakan wanita yang berkenan di mata masih solo tapi sudah berkahwin. Yaa... pengalaman sendiri, sampaikan orang tak percaya, kita dah kawin, macam alasan untuk tidak mahu berkenalan dengannya haa gituwwww...
Sabtu, 19 September 2020
Lama menyepi
Assalammualaikum, alhamdulillah keudara lagi dengan bicara tanpa suara. Lama tak menulis di arena sosial yang kian dilupakan dek kerana banyak media sosial yang tumbuh bak cendawan, yang lebih mudah di access, maka ketinggalan la blog dan lain2nya.
Eeemmmm x de apa yang istimewa dalam hidup aku. Menjalani kehidupan seperti biasa. Bekerja, dan aktiviti dirumah. Apa yang ingin dikongsikan adalah di tempat kerja baru.
Rabu, 17 Jun 2020
Selasa, 16 Jun 2020
Ahad, 14 Jun 2020
Business Kek Batik
Syukur Alhamdulillah, siapa sangka dari buat secara suka-suka tiba-tiba jadi business, dan sehingga ke hari ini, ada yang repeat order. Mula-mula aku buat memang tak senonoh, ikut dalam YouTube la. Kemudian sedikit demi sedikit aku aku perbaiki kekurangan. Kek batik ni aku buat da lama tapi bila tengok orang ada topping coklat ganache & indulgence aku pun try.
Jumaat, 12 Jun 2020
Sambal Bacang
Ini la antara pembuka selera bila makan. Orang kata kalau mak mertua lalu pun tak perasan. Hahahahaha makan pula dengan nasi panas dan sayur berkuah di tambah dengan ikan kering, memang kampung sangat, tapi ini le pembuka selera.
Rabu, 10 Jun 2020
Kuih Lapis Pandan
Itu dia, bukan senang ye saya nak buat kuih muih traditional ni, ni pertama kali cuba, alhamdulillah jadi, ikut resepi sebiji-sebiji. Jadi boleh la kongsi resepinya disini, untuk rujukan next time boleh buat lagi dalam kuantiti banyak.
Selasa, 9 Jun 2020
Apam Balik Homemade
Selama ni asyik beli je kan. Ini kali la try buat sendiri jimat dan sedap,lagi pun boleh tambah jagung banyak- banyak ikut suka kita tak kena caj.
Sabtu, 6 Jun 2020
Jumaat, 5 Jun 2020
Khamis, 4 Jun 2020
Donat Sambal
Hari ini akan jadi kenangan bila esok dan lusa akan kita lalui, maka apa yang jadi pada hari ini tinggal kenangan. Jadi untuk dikenang khusunya seluruh manusia perlu berada dirumah ak PKP kerana virus covid19, maka terhasil lagi lagi masakan yang di Cuba pada hari ini iaitu kuih favorite sendiri. Alhamdulillah jadi dan boleh la share resepi disini.
Selasa, 2 Jun 2020
Puding Lumut Butter
Lapisan lumut
2 biji telur
100 gram gula pasir
130ml santan segera (KARA)
550ml air
1 sudu teh perasa vanila,
1/2 sudu teh pewarna hijau (emulco pandan)
1/2 sudu teh garam
10 gram serbuk agar-agar
Caranya:
Sediakan bekas yang bersesuaian. Pukul telur sehingga berbuih kemudian masukkan gula, air, perasa vanila, pewarna hijau dan serbuk agar2 kacau sebati semua bahan. Tapiskan ke dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih. Kacau sentiasa untuk dapatkan lumut yang halus dan cantik sekata. Apabila mendidih tutup api dan biarkan seketika sehingga suam @ buih didalam periuk tiada dan tuangkan ke dalam acuan. Biarkan ia mengeras didalam suhu bilik sementara itu sediakan bahan lapisan butter pula.
Lapisan Butter
4 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil perasa vanila
100 gram butter (cairkan)
10 gram serbuk agar2
550ml air
Caranya:
Sediakan bekas yang beresuaian. Pukul telur sehingga berbuih @ sebati, masukkan susu dan butter yang telah dicairkan pukul sebati dan ketepikan.
Kemudian sediakan periuk masukkan air dan serbuk agar-agar kemudian panaskan sehingga mendidih. Setelah mendidih kecilkan api dan masukkan bahan adunan butter itu tadi, kacau sentiasa sehingga berbuih @ mendidih . Setelah itu tuangkan ke lapisan lumut yang telah keras, biarkan seketik didalam suhu bilik @ sejuk baru dimasukkan ke dalam fridge. Siap!! Boleh makan waktu berbuka nanti.
Ahad, 31 Mei 2020
Ikan Bakar Ala Kuala Perlis
Biasanya ikan bakar bersoskan sambal. Tapi sesekali ubah rupa ubah rasa ikan bakar style Kuala Perlis, tak perlu pergi jauh2 cuba je respiri ini, pasti tak menyesal.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar buttercup (marjerin apa pun boleh)
1 sudu besar Susu pekat manis
1 sudu besar Lada hitam
1 sudu kecil lada putih / lada sulah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 susu kecil Garam
CARA-CARA:
Satukan mentega, garam, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan susu pekat manis Gaul rata hingga sebati.
Belah belakang ikan dan lumurkan bahan perapan tadi pada bahagian isi ikan. Cucukkan garfu pada Isi ikan agar bahan perapan meresap ke bahagian dalam isi ikan.
Bakar hingga masak dan boleh dinikmati begitu sahaja atau dinikmati bersama air asam.
Jumaat, 29 Mei 2020
Cari Jodoh hehehehe
Kisahnya aku join Baituljannah ni saje-saje je, dah tu dia duk tepi kat blog aku. So aku pun join la cuci mata hahahaha, tapi tak bayar so basic je la boleh tengok, kalau orang mesej x boleh reply sebab x bayar, yess!!! Kene bayar ok website macam ni.
Selasa, 26 Mei 2020
Langsir Raya
Aku hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan, bertahun berangan- angan nak berlangsir baru Alhamdulillah dengan izinNya tertunai juga akhirnya pada hari raya tahun 2020. Sejak tahun 2014 aku menetap di kuarters Putrajaya ni, selepas 5 tahun lebih rumah ini aku diamo, tahun ini baharu ada pakaian sendiri. Berbanding sebelum ini pakai saje langsir dari rumah lama.
Ini bukan pembaziran, kebiasaannya orang berpindah rumah serba serbi baru, tetapi aku merangkak- rangkak untuk dapatkan sesuatu, Simpan sikit demi sedikit baru dapat memiliki apa yang aku idami. Langsir ini hanya untuk di hall sahaja, di bilik da lama ada kerana tiada saiz. Begitu la aku ikut mana yang keutamaan.
Aku seperti insan lain yang berkeinginan nak seperti itu dan ini. Alhamdulillah maka langsir ini adalah seperti yang aku inginkan, pemilihan kain pun berkonsepkan warna hitam hijau. Kenapa hitam? Pilihan utama sememangnya hijau keduanya adalah antara hitam & putih, kesian ya Bukan favorite aku, tetapi antara hitam dan putih aku memilih hitam. Kerana hitam lebih selamat dan kurang kesihatan kesian kotor berbanding putih. Kerana itu banyak perabut di dalam rumah adalah berwarna hitam @ gelap.
Jadi inilah angin- angan yang aku dambakan. Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya, berdikit-sikit akhirnya memiliki juga.
.
Ahad, 24 Mei 2020
Jumaat, 15 Mei 2020
sofa chesterfiel
Rabu, 11 Mac 2020
iPhone 11 Pro Max
heeee.... memang tak rancang nak beli iphone lagi, hati teringin nak beli oppo yang anti gegar dan anti gelap, dasyat kan dia punya promosi terpengaruh aku di buatnya. Tapi nak menggantikan phone yang baru aku ambil masa lama juga lebih kurang seminggu, jadi dalam masa tu, duk borak2 dengar member kata boleh dapat gambar lama kalau ada akaun icloud, di bakoo pulak dengan officemate kata beli iphone latest, tercabo-cabo aku dibuatnya kikikikiki.
Aku pun servay la di Alamanda pada tarikh keramat hehehehe hilang 3hb Februari aku tunggu sampai birthday aku, baru nak cari phone baru. Jadi tanggal 15 February aku cari la phone Alhamdulillah Dapat la. Haah nak senang hidup punya pasal guna la kemudah maxis bayar bulan an tak perlu deposit. Sama la sebelum ni pun aku guna cara yang sama. Apa yang penting mampu untuk bayar.
Makanya sekarang aku guna phone baru tapi no lama 010 tu. No 017 aku dah x mau guna. Setakat hari ni guna dulu.
Makanya sekarang aku guna phone baru tapi no lama 010 tu. No 017 aku dah x mau guna. Setakat hari ni guna dulu.
Ahad, 1 Mac 2020
Tak Stabil
Sejak aku bercuti 25 Disember lalu, rupanya hingga kini aku tak sihat lagi, keadaan kesihatan aku lebih kurang 2 bulan tak stabil hingga kini. Isnin lalu cadangnya nak bawak anak je ke klinik sebab tak sihat, tapi dah alang-alang keluar tu terus la nak jumpa dr. nak mintak ubat, aku pun tak sihat jugak.
Dugaan
Lumrah hidup manusia tidak akan dapat lari daripada diuji. Begitu juga aku, lepas satu, satu musibah menimpa. Tidak la terlalu rumit, cuma terkesan juga dalam hati bilamana datangnya masalah, buat aku terfikir-fikir apa salah dan dosa aku, redha dengan apa yang datang, masa ni la baru nak rajin solat taubat. Betul la kata para agamawan, kalau kita tidak diuji kita leka dengan kehidupan dan lena dalam mimpi yang berpanjangan.
Selasa, 18 Februari 2020
Cukup Umur
Alhamdulillah walaupun lambat story mory di sini, tetap nak story jugak... gituww.... Syukur Alhamdulillah tanggal 15 Februari 2020 genap usia aku 39 tahun. MasyakAllah tak sangka kan hampir mencecah 40an da ni. Apa je yang aku buat sepanjang hidup ni.
Khamis, 6 Februari 2020
Selasa, 4 Februari 2020
Da Nasib
Aku pun tak tahu nak kata apa, seuatu yang tak dijangka. Mungkin da nasib atau teguran Allah kepada aku atas silap salah aku, atau mungkin Allah nak bagi yang lebih baik. Aku pun buat macam biasa, macam tak ada apa-apa berlaku. Nak bising-bising pun bukan boleh jadi apa pun.
Selasa, 7 Januari 2020
9 Hari
Apoooo nak di kato, dari balik bercuti sampai sekarang aku tak baik2 lagi. Selepas seminggu baru la aku ke klinik dah tak tahan sangat sebab badan rasa bisa2. Itu pun bukan nak MC Tapi nak ubat, patut untuk Aku mintak MC tapi Sebab nak cover kerja orang lain, so aku Redha je la.
Isnin, 6 Januari 2020
Niat Tahun Baru
Masih di awal tahun lagi ni. Minggu ke dua ni, ramai yang menanam azam baru, niat baru bagi tahun baru. Aku!! masih seperti ini, tak ada impian dan cita-cita yang tinggi hanya ingin merealisasikan keinginan yang bertahun terpendam. In shaa Allah raya nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)