Jumaat, 29 Mei 2020

Cari Jodoh hehehehe



Kisahnya aku join Baituljannah ni saje-saje je, dah tu dia duk tepi kat blog aku. So aku pun join la cuci mata hahahaha, tapi tak bayar so basic je la boleh tengok, kalau orang mesej x boleh reply sebab x bayar, yess!!! Kene bayar ok website macam ni. 


Ni cerita lama tapi selepas beberapa tahun kebelakangan ni website ni  menggunakan e-mail untuk di respon dengan cara dia padukkan ahli dengan ahli yang lain dalam erti kata lain carikan calon pasangan. Hampir setiap hari dapat email, memang aku tak layan la, so sekarang kurang la email but still received email seperti di atas. Sebenarnya nak suruh log in dan kalau nak log in sebenarnya kene bayar dulu. Tak pe la kalau x de jodoh pun hahahaha.

Bukan apa aku pernah join cari jodoh di website seperti ni, tapi menipu je semua tu, bukan website tu yang menipu tapi ahli didalamnya. Memang tak dinafikan ada yang bertemu  jodoh, cuma yang aku jumpa tak seperti yang diharapkan. Ye memang betul ada yang serious status sekejap bujang, bila tanya kata duda pulak baru mati bini, dah jumpa rupanya yang mati Bini no 2, Bini Ada 3. Ish la dia ni da kenapa. Lepas tu siap tanya gaji aku berapa, tak ke pelik, aku sepatutnya tanya dia, macam mana tanggung bini dengan tak kerja, da siap pelan pulak ok. Bini 1st duk sana, bini no2 duk sinun dan aku duk sini, amboi confiden la hai macam aku nak dia. Dah le menipu betalu-talu hantu betul la. 

Macam2 peel kan! Sorang lagi bujang fuh!!! Memang gentleman, direct to the point bagi tau. Saya bagi hantaran sekian2, nafkah sekian2, belanja dapur lain, rumah dia sediakan, “awak setuju?” siapa tak suka kalau macam ni, susah nak jumpa. Tapi tu la tu indah khabar dari rupa. Memang pengalaman aku sendiri, apa yang aku perhatikan lelaki yang berduit, gaji besar dia x fikir halal haram. Dia fikir duit dia boleh beli perempuan, perempuan ni memang murah di mata dia orang. Masalahnya aku meluat dengan peel lelaki macam ni, memang aku tinggalkan je. Lelaki ke perempuan sama je duit punya pasal bukan Dara ke teruna x pe asalkan hidup senang. Jadi jangan kata yang status janda ni jahat. Bini orang pun boleh tahan jahat, ada je isteri orang mengandung kan anak lelaki lain. Bayangkan..... 

Jadi disimpulkan disini, aku da stop cari jodoh beberapa tahun lepas, cuma ada la juga yang tiba2 mesej nak kenal. Aku layankan je. Last2 gaduh. Itu memang perkara biasa. Biasa bergaduh dengan lelaki, kene maki bagai. Hahaha pergi mati la dia orang kadang2 maki orang tu tak sedar diri, kereta buruk, muka x la elok sangat, kerja boasa2 nak maki aku. Aku ni macam- macam lelaki yang aku kenal, tak de memilih. Tapi tu la takat nak maki orang, salah orang la beb, perempuan memang ramai, memang boleh pilih. Tapi nak buat bini bukan perempuan yang hidup macam syaitan. Aku pun malas nak layan lelaki syaitan jadian macam tu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA