Jumaat, 12 Jun 2020

Sambal Bacang


Ini la antara pembuka selera  bila makan. Orang kata kalau mak mertua lalu pun tak  perasan. Hahahahaha makan pula dengan nasi panas dan sayur berkuah di tambah dengan ikan kering, memang kampung sangat, tapi ini le pembuka selera.



Bahan :

1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
10 ekor ikan bilis
20 tangkai cili padi
1/2 biji buah bacang (diracik halus)
Garam & gula secukupnya

Caranya :

Tumbukkan bawang putih, bawang merah, ikan bilik sehingga lumat, kemudian masuk kan perasa, masuk kan pula buah bacang yang telah diracik, tumbuk separuh hancur dengan bahan yang telah lumat tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA