Masih di awal tahun lagi ni. Minggu ke dua ni, ramai yang menanam azam baru, niat baru bagi tahun baru. Aku!! masih seperti ini, tak ada impian dan cita-cita yang tinggi hanya ingin merealisasikan keinginan yang bertahun terpendam. In shaa Allah raya nanti.
Selebihnya yang berbeza adalah di pejabat, ya, semua baru, dengan harapan aku lebih happy, dapat buat apa yang aku inginkan dan ada masa yang lebih untuk anak dan rumah. Rumah hahaha ada apa dengan rumah kan?? pepatah berkata "rumahku syurgaku" so suasana rumah yang selesa, kemas dan teratur dah cukup untuk aku. Tak perlu buang masa dan tenaga untuk keluar merayap yang pastinya akan keluar juga la duit ni walaupun sedikit. Dah jadi perkara biasa kalau aku duk memerap di rumah, lakukan aktiviti dirumah mengemas dan sebagainya.
Manakala di pejabat baru ni aku tak de la serabut macam di Japen, balik pun tak le lambat sangat, rasanya memang tak mungkin kot balik lambat. Niat nak menjahit ni pun tak nampak bayang, bila nak ada mood nak start menjahit. Berangan nak jahit baju nak jual online di FB. Raya pun da tak lama lagi.
Siapa nak jadi along aku nak pinjam duit buat modal beli kain hahahaha. Nanti ada makhluk Allah tegur beli blablabla beribu boleh, buat passport 100 tak mampu kikikkikiki bukan soal mampu tapi kepentingan, kalau ada kepentingan rasa tak ada duit pun tiba-tiba boleh beli. haaaa itu le aku. Cuma yang perlu orang tahu bahawa, apa pun yang aku beli, kebiasaannya aku main kutu, dan kebanyakkannya aku berhutang dengan bank.
Jadi no skandel, no tumpang senang orang atau ambil kesempatan pada orang lain. Hidup aku, aku belajar usaha untuk memiliki harta sendiri. Ada duit lebih simpan sikit-sikit, tak banyak pun tak pa. Asalkan bila nak pakai duit hidup kan roadtex ada duit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan