Selasa, 7 Januari 2020

9 Hari

Apoooo  nak di kato, dari balik bercuti sampai sekarang aku tak baik2 lagi. Selepas seminggu baru la aku  ke klinik dah tak tahan sangat sebab  badan rasa bisa2. Itu pun bukan  nak MC Tapi nak ubat, patut untuk Aku mintak MC tapi Sebab nak cover kerja orang lain, so aku Redha je la.
Tapi lepas  balik klinik aku terus balik cari makan, x kuasa la nak masuk pejabat semula. Bungkus siap2 untuk dinner. Badan ni memang rasa lain macam tak sihatnya. Sakit penghapus dosa kan, jadi redha je la. Sempena tahun baru ni cuci sikit hati yang berkarat, itu pasal demam berpanjangan. 

Batuk pun teruk lain macam. Dek kerana anak nak masuk sekolah, nak sampul buku tulis nama semua, nak menjahit lencana dan alter seluar sekolah Asyraaf aku gagahkan juga la. Kalau nak di ikut kan hati aku nak makan ubat dan baring.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA