Eeemm... Selagimana seorang wanita itu tiada pasangan selagi itu akan ada lelaki ingin mengenali. Walaupun begitu, kadang kala... ada juga yang ingin mengenali wanita kerana menyangkakan wanita yang berkenan di mata masih solo tapi sudah berkahwin. Yaa... pengalaman sendiri, sampaikan orang tak percaya, kita dah kawin, macam alasan untuk tidak mahu berkenalan dengannya haa gituwwww...
Itu la rezeki masing-masing. Seperti aku yang semakin mereput ni. Walaupun tua semakin menghampiri, masih ada juga sudi berkenalan. Tapi setakat itu saja lah, tiada rezeki untuk pergi jauh apatah lagi berumah tangga. Allahdulillah bersyukur masih juga mempunyai rumah walaupun tumpang rumah kerajaan eh!!! lari topik. Hahahaha biasa la drama pun ada iklan, kalau tak nanti cepat pulak habis ceritanya ah gituwww....
Perkahwinan bukan la perkara mudah, melainkan bagi mereka yang berkemampuan. Walaupun mampu itu tak cukup untuk mengemudi pelayaran dalam perkahwinan, ilmu perlu ada sama ada suami atau isteri. Tak berilmu!! tak pe boleh belajar untuk cuba jadi yang terbaik dan belajar la dalam bab agama serta tahu tanggungjawab khususnya sebagai seorang lelaki, tak kisah lah yang ingin mendirikan rumah tangga yang sudah berumah tangga atau rumah tangga yang berantakan atau sudah musnah di landa badai, itu tandanya untuk kita muhasabah diri, tetapi belajar lah tentang agama agar tidak dipandang rendah oleh seorang wanita.
Apa yang aku nak sampaikan ni sebenarnya. heee... ya!! aku berkata berdasarkan pengalaman. Ramai lelaki yang kurang tahu tanggungjawab. Mungkin kurang ilmu agama, atau berilmu tetapi tidak beramal, sayangnyaaa. aku sebagai perempuan dan yakin para wanita diluar sana ramai mahupun lelaki yang ada ilmu untuk membimbing mereka ke jalan yang diredhai, menjadikan keluarga sakinah, mawaddah, warahmah, tetapi bukan bererti mengimpikan ustaz atau alim ulama, ternyata aku bukan ciri-ciri pilihan, setidaknya, sama-sama berubah kearah kebaikan, tambah amalan untuk bekalan akhirat. Kita ni yang namanya manusia memang ada sahaja kekurangan, tetapi ada kekurangan yang boleh kita pelajari, tepuk dada, dada sakit hahahahaha. Tepuk dada tanya lah selera, pergi la medan selera kalau nak makan, begitu juga ilmu, sekarang maklumat dihujung jari, lebih afdal cari la guru untuk belajar.
Bagaimana ingin menjaga pasangan, sedang solat pun masih tak jaga, bagaimana nak jadi imam, kalau soalan itu di balas, "kalau nak cari imam itu bukan saya", jangan la Islam kita hanya di IC sahaja. Betapa besarnya tanggungjawab dalam rumah tangga, tetapi jadi imam pun tak mampu. Sememangnya tak dinafikan ada pasangan yang tak mementingkan agama. Kerana itu perkahwinan sering diuji, yang jaga solat pun diuji, cuma setiap kita ujiannya berbeza, tetapi dengan agama, hidup kita lebih di redhai, ada ketenangan dalam rumah tangga, tidak la panas sentiasa.
Para lelaki juga jangan sekali-kali ambil kesempatan pada wanita, khususnya mencari wanita yang lebih usia atau janda agar jimat belanja. Tak semua yang namanya Janda hadap sangat pucuk muda. Tetapi yang dicari ikhlas lagi bertanggungjawab. janda pun ada maruah, maruah ni, tak terungkap tetapi terlihat dengan sikap. Sehina-hina janda yang gedik boleh bernikah dengan bujang, duda atau suami orang. Tetapi para isteri yang gedik bukan pada pasangannya untuk apa, sekarang skandel yang sudah berpasangan berleluasa. Anak dara pun belum tentu daranya, sanggup di payung lelaki hidung belang demi kemewahan dan keseronokkan dunia. Nah!!! tepuk dada tanya iman, yang penting hormatilah sesama insan, kenali hati budi terlebih dahulu sebelum menilai, wanita yang baik mengajak kepada kebaikan begitu juga sebaliknya. Jadi lelaki jangan pandang rendah pada wanita, nak mengambil kesempatan tak tentu hala, hilang kepercayaan dan rasa hormat, bagaimana mahu dijadikan imam sedang peel kalah syaitoonnirrajimmmmm..... hahahahaha.....
Pesanan terakhir, jangan pandang rendah pada wanita yang berusia, tak mahu tak apa tapi jangan pertikai kemampuan wanita zahir batin. Tengok body la beb, eehhh!!!! abaikan. hahahaha Kalau ingin memilih pasangan cari lah pasangan yang sihat. Tak percaya tanya pada majikan, pekerja yang sihat meningkatkan produktiviti, manakala pekerja yang berpenyakit selalu bercuti dan menurunkan produktiviti. Contoh yang sangat jelas, kalau dah tak sihat memanjang, memasak pun x larat, mampu ke melayan kehendak pasangan. Ini bukan menidakkan orang yang berpenyakit untuk tidak dipilih sebagai pasangan, jika suka teruskan sahaja. Cuma penjelasan ini bagi yang tak tahu menilai, tua muda bukan ukuran tetapi, kesihatan memainkan peranan dalam kehidupan seharian. Yang paling penting dan pasti janda ni memang banyak pengalaman dalam urusan rumah tangga, lebih tenang menerima ujian kerana itu sudah menjadi asam garam kehidupan sepanjang hidup sendirian. jadi jangan sembarangan pertikai kemampuan wanita tua seperti aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan