Selasa, 26 Mei 2020

Langsir Raya



Aku hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan, bertahun berangan- angan nak berlangsir baru Alhamdulillah dengan izinNya tertunai juga akhirnya pada hari raya tahun 2020. Sejak tahun 2014 aku menetap di kuarters  Putrajaya ni, selepas 5 tahun lebih rumah ini aku diamo, tahun ini baharu ada pakaian  sendiri. Berbanding sebelum ini pakai saje langsir dari rumah lama. 

Ini bukan pembaziran, kebiasaannya orang berpindah rumah serba serbi baru, tetapi aku merangkak- rangkak untuk dapatkan sesuatu, Simpan sikit demi  sedikit baru dapat memiliki apa yang aku idami. Langsir ini hanya untuk di hall sahaja, di bilik da lama ada kerana tiada saiz. Begitu la aku ikut mana yang keutamaan. 


Aku seperti insan lain yang berkeinginan nak seperti itu dan ini. Alhamdulillah maka langsir ini adalah seperti yang aku inginkan, pemilihan kain pun berkonsepkan warna hitam hijau. Kenapa hitam? Pilihan utama sememangnya hijau keduanya adalah antara hitam & putih, kesian ya Bukan favorite aku, tetapi antara hitam dan putih aku memilih hitam. Kerana hitam lebih selamat dan kurang  kesihatan kesian kotor berbanding putih. Kerana itu banyak perabut di dalam rumah adalah berwarna hitam @ gelap. 

Jadi inilah angin- angan yang aku dambakan. Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya, berdikit-sikit akhirnya memiliki juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA