Sabtu, 19 September 2020

Lama menyepi


 Assalammualaikum, alhamdulillah keudara lagi dengan bicara tanpa suara. Lama tak menulis di arena sosial yang kian dilupakan dek kerana banyak media sosial yang  tumbuh bak cendawan, yang lebih mudah di access, maka ketinggalan la blog dan lain2nya. 

Eeemmmm x de apa yang istimewa dalam hidup aku. Menjalani kehidupan seperti biasa. Bekerja, dan aktiviti dirumah. Apa yang ingin dikongsikan adalah di tempat kerja baru.

Ya! Lain Padang lain belalang. Alhamdulillah juga bila suasana kerja semakin banyak yang aku pelajari, dalami dan Mahir. Apa yang lebih aku bersyukur adalah bos aku kini lebih baik dengan aku.

Kenapa? Ya sebelum ni dia lain, sangat lain. Aku pun tak pasti, malas nak fikir. Tapi adalah tidak sepatutnya layan aku seperti anak tiri, walau hakikatnya memang aku ni menumpang di kementerian ini. Dengan aku dia memang garang semacam, x tau la kalau x suka, sedangkan apa yang  dia suruh tak sepatah pun aku membantah, malah buat saja tanpa buruk sangka, bila ada apa2 yang  ad hoc pun aku yang selalu ada membantu, aku jarang cuti, apatah lagi EL, kalau sakit aku gagahkan diri ke klinik untuk dapat kan MC. Waima  dia marah pun aku senyum walaupun dalam hati tuhan saja Yang tahu. Kebiasanya aku disukai dan disenangi ramai orang kerana suka berkongsi rezeki dan suka membantu @ rajin, ada Yang kata aku kerja nampak ikhlas. Aku sendiri pun x tercicir.
Takdir Allah kan, bila PKP aku syukur sangat2 dan masa itu la peluang, setiap tahajut aku berdoa. Aku mintak kalau lah ada Yang memburukkan aku tanpa sebab atau untuk orang membenci aku aku mohon Allah tunjukkan kebenaran. Aku memang x mampu untuk berbuat apa-apa selain doa. 

Syukur Alhamdulillah, kebelakangan ni, dia lain, menegur aku, cakap pun lembut dan baik. Rasa nak menitis air mata. Kebetulan pula ramai yang bertukar, dapat kawan baru Yang lebih baik juga. Memang syukur sangat2 la. Jadi malu bila datang lambat. Masing2 dapat cepat. Mereka bagi motivasi pada aku, untuk datang tempat waktu. Tapi selalu juga terlambat kebelakangan ni. Tapi apa Yang penting aku datang lambat alu balik lambat, malah datang cepat pun balik lambat adoi la. Apa pun syukur, kerja x busy mcm dulu. Boleh la bernafas dengan selesa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA