Sejak aku bercuti 25 Disember lalu, rupanya hingga kini aku tak sihat lagi, keadaan kesihatan aku lebih kurang 2 bulan tak stabil hingga kini. Isnin lalu cadangnya nak bawak anak je ke klinik sebab tak sihat, tapi dah alang-alang keluar tu terus la nak jumpa dr. nak mintak ubat, aku pun tak sihat jugak.
Tak sangka pulak kali ni prosesnya lain macam sikit. Kerana aku batuk dan selesama silih berganti kadang demam dah 2 bulan, kesihatan aku memang tak stabil kebelakangan ni, awal Januari pun aku ada ke klinik sebab selain batuk dan selsema badan aku bisa-bisa, tu yang tak tahan aku pun ke klinik.
Kali ni pergi lagi, so kene X-ray, Alhamdulillah tak ada apa-apa masalah, tapi ada lagi susulan, selama 3 hari berturut-turut aku perlu ke klinik untuk menghantar specimen berisi kahak hehehe, ini pun dah selesai, sekarang tunggu 12 Mac nanti untuk tau keputusan.
Kali kedua ni baru la dapat ubat antibiotik, batuk dan selsema dalam bentuk pil. Sebelum ni ubat batuk dan selesama sirap tu je. Ubat pun boleh tertinggal masa 1sr day ke klinik, so hari kedua aku tanya dikaunter kad klinik aku, memang ada dikaunter. Mujur la, kaunter pendaftaran di luar, tak bercampur dengan orang ramai atau pesakit luar, cuma kaunter yang aku daftar ni adalah untuk pesakit Tibi, heeee seram kan
Masalah aku ni makan ubat memang tak suka, tapi hari-hari cuti ni try la makan, MasyakAllah, lain macam rasa, tiba-tiba badan rasa tak tentu arah. Ubat ke racun tu hahahaha baik-baik nak berjalan ke nilai terbantut. Takut pening tengah-tengah memandu nanti susahkan orang pulak nanti.
Sudahnya duk rumah je la. Sampai sekarang ni pun still batuk dan selsema. Aku nak makan ubat tunggu malam takut pitam.
Nak cerita pasal sakit ni. Siapa yang betul -betul sihat tanpa sakit. Aku ni walaupun nampak sihat tapi kolestrol tinggi, ia bukan penyakit, tetapi bila-bila masa boleh dapat penyakit yang berkaitan. Penyakit yang popular darah tinggi, kencing manis, kawan-kawan dah ada makan ubat dan rawatan susulan jumpa doktor. Aku alhamdulillah tak buat pemeriksaan berkala pun, jumpa doktor memang tak la.
Jadi sebelum serius aku hanya control makan je, kalau dulu suka makan tongkeng ayam, kambing golek sekarang makan jugak tapi tidak terlalu kerap, aku akan fikir apa yang aku makan sebelum tu, kalau makan seimbang tak ambil makanan tinggi kolestrol maka aku akan makan, atau makan bila teringin.
Sebenarnya sejak dulu lagi aku dah control makan, minuman bergas aku tak amalkan, fast food aku kurang minat, western aku bukan orang putih, ais aku kurang minum. Tekak aku ni tekak melayu, kalau nak makan mesti nasi putih, ada lauk dan sayur, ulam dan sambal belacan pun aku suka. Tapi selepas aku buat pemeriksaan kesihatan beberapa tahun dulu dan disusuli dengan beberapa kali pemeriksaan kesihatan, memang betul BMI cantik, badan pun cantik hahahahaha perasan tapi kolestrol aku tinggi.
Sejak itu aku makan masa brakfrist, lunch time baru aku minum air panas & manis, cicah la biskut ke apa. Sesekali teringin je aku akan makan waktu lunch kadang-kala makan lauk je. Minum air manis pun kalau boleh 1 cawan sehari. tapi air memang payah sikit kadang 2 kali sehari, tak pe la air buat sendiri so manis boleh control walaupun aku memang kuat manis, tengok orang la hahahaha. Ya, aku control makan bukan sekadar untuk kesihatan tetapi penjimatan jugak. pada aku makan ni sudahnya jadi najis, tapi kalau simpan akan jadi pelaburan terutamanya disaat kecemasan. Alhamdulillah banyak hutang pun tetap cukup apa adanya. Syukur Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan