Lama sungguh menanti cukupnya sebulan. Tak sama seperti bulan-bulan yang lain yang terasa cepatnya waktu berlalu. Walaupun tiada yang istimewa, malah perkhabarannya pun agak dukacita, Aku tetap bersyukur. Setiap takdir dalam hidup kita, pilihan hidup kita pasti bersebab, biar apa orang fikir dan kata yang pasti dalam hidup ini perlu mementingkat diri sendiri, fikirkan kesihatan mental sendiri dulu sebelum memikirkan apa kata orang lain.
Apa yang pasti, aku diberikan kelapangan, selapang lapangnya dari keadaan yang terkejar-kejar dengan masa dan kerja rumah. Dari rasa penat dan melelahkan aku diberikan rehat yang secukup-cukupnya. Hanya sayang dalam hati perlu dibuang sikit demi sedikit. Mungkin masa akan memnentukan segalanya.
Terlerai sudah kasih yang dibina. Mungkin kerana aku yang kurang sabar juga kerana dia yang tak mampu bertahan. Maka selesailah urusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan