Rabu, 8 Januari 2025

Emosional Blockage

Siapa sangkakan aku yang ceria dimata ramai orang, yang sentiasa tersenyum dan mudah membantu tetapi ada masalah ini. Masalah yang bertahun-tahun rasanya. Sikap aku ni lebih kepada perasaan dan terdapat lelaki. Kepada kawan-kawan ramai yang tak tahu atau sikap aku berlainan, entah lah ada beberapa identiti ke macam mana. Tapi tidah la.

Pengaruh TikTok kan, memang ada baik kalau kita cari kebaikan begitu sebaliknya. Sedang aku ada masalah tak sangka pulak melimtak orang yang baca personaliti seseorang apa namanya metafizik, macam tu le bunyinya. 

Dipendekkan cerita, aku pun try la wasabi kat tiktok. Lambat jugak balas, sebab sudah dimaklumkan awal-awal kene tunggu giliran. Selepas di balas wasabi dan selepas dibuat bayaran masih meninggu turn untuk bacaan personaliti.

Macam biasa la dimulakan dengan kelebihan seterusnya kelemahan ditutup dengan amalan yang dianjurkan. Eeemmm... dari situ ada yang aku sendiri baru tahu, ada yang rasanya maca x de persamaan. Jadi ambil la apa yang betul. 

Kelemahan ketara aku adalah emosional Blockage, search la sendiri tentang itu. Aku akui ada betulnya. Sedihnya, dapat tahu dalam keadaan aku tentang krisis dengan laki. Dia semestinya tak kisah pun. Jadi aku ikhtiar la dengan diri aku sendiri.

Antara amalan yang anjurkan, amalkan surah Yassin ayat ke -9, surah Al-Inshirah, Zikir Ya Allah Ya Muhaimin. Selebihnya disyorkan mandian bidara dan garam bukit. Makanya aku pun belilah mandian bidara. 

Lain pulak masalah timbul dengan mengamalkan mandian bidara, hari demi hari aku jadi tak sihat. Dari sakit belakang melarat sampai nak menoleh pun tak boleh, solat aku beri salam pun cukup syarat je. dagu pun tak boleh cecah dada la. Terasa sakit sungguh. Sakit di tengkuk. Lebih menyedihkan aku nak bangun dari baring atau tidur


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA