Ahad, 31 Mei 2020

Ikan Bakar Ala Kuala Perlis



Biasanya ikan bakar bersoskan sambal. Tapi sesekali ubah rupa ubah rasa ikan bakar style Kuala Perlis, tak perlu pergi jauh2 cuba je respiri ini, pasti tak menyesal.

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar buttercup (marjerin apa pun boleh)
1 sudu besar Susu pekat manis
1 sudu besar Lada hitam
1 sudu kecil lada putih / lada sulah
1 sudu kecil serbuk kunyit
 1 susu kecil Garam

CARA-CARA:

Satukan mentega, garam, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan susu pekat manis Gaul rata hingga sebati.

Belah belakang ikan dan lumurkan bahan perapan tadi pada bahagian isi ikan. Cucukkan garfu pada Isi ikan agar bahan perapan meresap ke bahagian dalam isi ikan.

Bakar hingga masak dan boleh dinikmati begitu sahaja atau dinikmati bersama air asam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA