Isnin, 9 Januari 2017

Giliran Kedua


Satu persatu teman ada disekeliling ku, satu persatu lah jua, tinggalkan diriku. Hehehehe... ini lirik lagu siti. Tapi itu le sebenarnya hajat di hati. So ini giliran orang kedua untuk aku berterus terang. Dia juga la salah seorang yang mesej kat FB yg berkurun lamanya baru aku jawab.

Siapa dia? Kisahnya dia lah orang pertama yang cuba hendak mendekati aku selepas aku berpisah dengan bekas suami. Dia kenal aku di program jabatan, nyanyi duet lagi pandang-pandang jeling-jeling hahaha kelako le pulak rasa di hulu hatiku.


Masa mula-mula dia nak kenal, aku memang tak layan, aku masih dalam proses di mahkamah. Masa tu ada sedikit truma atau tekanan yang aku alami berikutan masalah perebutan hak jaga anak dan aku mengalah Asyraaf dijaga bapak dia. Pergi dan balik kerja setiap hari, nak beli barang baru keluar. Seram rasanya bila keluar rumah rasa macam diekori, walaupun sebenarnya tak pun.


Macam-macam masalah yang abah yap timbulkan, ada- ada je yang tak kene. Hanya mak akak dan anak buah yang tau perangai dia. Malah serumah rasa tempias tekanan yang aku alami, mak aku paling sedih bila tengok aku memerap dalam bilik, bila ambik anak masa cuti ada je abah yap cari pasal, datang mengaruk2 kat rumah. Paling sedih dia hasut anak dia cakap ibu dia jahat, terkejut aku asyraaf cakap macam tu SEDIH!!, siapa lagi yang ajar, Allah huakbar menitis KEMBALI air mata aku saat ini tak terkata saat menanggung tekanan itu...... ok iklan....


SAMBUNG..... 😊😊😊😊😊

Jadi puas le dia kene marah kene kutuk dengan aku, sebab aku tak nak dia. Mula-mula kenal dia serupa je dengan lelaki lain bila tau aku janda, nak try le tu. Gila ajak keluar malam2. Aku!!! Memang tak kuasa le nak layan kan. Aku tak keluar malam le. Bila dia call aku tengah ajar asyraaf ngaji la, ajar asyraaf buat kerja sekolah la, so dari situ dia mula suka aku, dan barulah sikap dia macam lelaki bertanggungjawab.

Tersentuh bila dia send pic ni, berserah je la pada takdir


Tanggungjawab yang aku maksudkan bukan lelaki miang. Dia tak de cakap kurang sopan atau lucah dan sebagainya. Maaf aku memang kenal ramai lelaki memang ramai lelaki tak guna, yang kurang ajar, memang sakit hati sudahnya kene maki je dengan aku. Peduli apa aku, buat apa nak jaga hati orang yang tak reti hormat perasaan aku, tak ada bahasa untuk dikatakan kepada spesis ni, dah pun aku buang jauh2.

Eh!!! Sambung.... Dia polis, kebetulan isteri kawan dia adalah kawan aku, so dia tau serba sedikit pasal aku. Dia pun baca, laporan polis yang aku buat. Al maklum le polis. Serba sedikit tau pasal kes aku. Dengan dia pun berepisod2 jugak kejap timbul kejap tenggelam. Biasa la kan asyik kene marah je dengan aku. Tapi tak serik pulak tu hahaha. Aku dah jumpa mak dia, dah pun pergi rumah dia di melaka. Dia pun dah datang rumah mak aku.

terharu betul dengar lagu ni, tak sangka dia simpan perasan.


Yang sebenarnya aku tak suka dia bila dah kenal, dia suka nak pinjam duit, susah sangat nak mintak balik aku siap ugut nak bagi tau ketua polis daerah, tau dia takut, kikiki dan nak dijadikan cerita ada kes melibatkan dia, dan dia di pindahkan 24 ke selatan tanah air. Aku pun suka hati sebab, terlepas. Macam lepas dari penjara gamaknya. Tak nak da kawan dengan dia. Tak sudah-sudah nak pinjam duit. Walhal masa tu boleh tahan jugak hidup aku susah sikit.





Tapi ni bila buat kemunculan kembali, ingatkan da berubah. Huh sama je, nak pinjam2 duit orang. Eh!!!! Pening la orang macam ni. Bila dia tuju lagu, macam cinta berputik kembali, aku jadi serba salah. Tapi lagu tu memang kene dengan dia dan aku hahaha. Rasa macam setepek kene kat muka. memang kenangan la, kelako pun ada.


So terus terang je la, yang aku dah ada orang lain. Senang hati ada alasan. Tapi dia still nak borak2 dengan aku. Kutuk2 aku, aku pun kutuk dia jugak kikiki... Aku dapat rasakan yang ada keserasian aku dengan dia, aku pun rasa happy borak2 dengan dia. Walaupun dulu tak jauh, tapi jarang jumpa pun. Aku dengan kije aku, dia dengan kije dia, dia pulak bukak kedai makan depan pondok polis. 

Kelebihan dia ni pandai masak, dah polis kan peramah, sekarang dah kurus pulak, ceh nasib baik tak jatuh hati, cuma tersuka le sikit tapi bila nak pinjam duit, aku terus berubah hati.  Aku pernah sekali ke rumah terbuka MB sama2 bawak asyraaf sekali. Itu le 1st n last, MB pun da bertukar. Cuma aku seriuw bila dia nak pinjam duit. Woi!!!! Aku nak pinjam duit orang fikir 100 kali le. 

Macam-macam cerita aku kan..... nantikan episod seterusnya.... 😂😂😂😂😂😂


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA