Isnin, 10 Oktober 2016

Kabinet Dapur


Pertama-tamanya syukur alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rezeki dan izinNya tercapai impian untuk mempunyai dan memiliki kitchen cabinet ini.






Sekian lama mengidam tengok katelog dan ke showroom, hari ini selesai penghantaran dan pemasangan di rumah pinjaman kerajaan kepada aku hehehe, seminggu menunggu. Kebetulan tengah offer, duit pun tengah ada, itu yang penting sekali kan. So beli la. Kalau tak de offer memang aku tak akan beli.

Kitchen ni pun ada nama ye, Kosmo-Kit nama diberi, beli di Index Living Mall di IOI City Mall Putrajaya, belinya 01.10.16 kemarin. Tempat yang wajib aku singgah kalau ke IOI City Mall, suka cuci mata, tak mampu sangat nak beli barangannya agak mahal. Tapi ada juga yang mampu milik.


Macam kitchin ni, ada offer kurang la sikit, tak boleh cakap murah, sebab barang murah bagi aku barang free je hehehehehehe. Kitchin ni ada beberapa pilihan warna, dan aku seperti biasa pilih warna gelap. Alasan kalau kotor tak nampak.

Selebihnya saksikan la tranformasi sebelum dan selepas. Aku memang suka cantik-cantik bukan diri sendiri rumah pun nak cantik dan wangi sekian. Macam tulis surat le pulak hahahahaha.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA