Sabtu, 28 Mei 2016

Jumpa Lagi

Semalam banyak program my Bos di  kawasan, 7 program dalam 1 hari, dari pagi sampai ke malam. Sampai  aku pun terlepas 1 acara kerana terlepas pandang. Boleh merayap ke bukit gambir cari baju kameja untuk di pakai dengan blazer. Sempat jugak berjemaah magrib di Bukit kangkar terus ke lokasi tugas terakhir.


Selesai tugas aku terus bergerak balik ke Putrajaya. Singgah di RNR nak call si bujang senang dan solat sekali. Tapi tak sempat pun sampai Putrajaya mata tak tahan mengantuk, kereta di depan pun aku dah terbayang kapal terbang, pandang ke kanan da nampak seperti berada di tepi  pantai maka terpaksa berhenti di RNR Seremban, untuk lelapkan mata walaupun perjalanan dah tak jauh.

Bila terjaga jam 4 lebih nak ke toilet sakit perut. Kemudian sambung tidur balik. Subuh  terjaga lagi masalah yang sama sakit perut, apalah yang salah  makan semalam, tanpa perlu buang masa selesai urusan melepas hajat, terus ke surau.

Dalam aku berjalan menuju ke car park terpandang susuk tubuh yang "macam aku kenal je". Sah!! dia. Ingat semalam dia dah berlepas ke Abu Dhabi rupahya hari ni. Bila dia terpandang aku, dia pun tekojut. Mengekor aku nak cakap sikit katanya. Eeemmmm.... Biasa la, memujuk "jodoh kuat " kononnya hingga hari ni pun terjumpa tanpa dirancang, mak pun terkejut nyah!

Aku pun terkenang saat bertemu dan "ayat-ayat cinta" hahahaha itu tajuk movie kot. Perbualan tanpa suara yang menjadi penghubung utama dalam komunikasi aku dengan dia. Tapi itu perkara biasa pada aku, dia mungkin tak biasa. Aku hanya bertanya beberapa soalan je, dia jugak le yang banyak cakap itu ini aku dengo je. Tak sangka eh aku boleh diam membisu. Kebiasaannya aku banyak cakap dan suka berdebat. Tapi dengan dia aku semacam malas nak cakap.

Ye ternyata ada beberapa penipuan yang aku dapat kesan, yang memungkinkan aku kekal dengan keputusan untuk terus melupakan. Penipuan dia jadi kekuatan aku untuk pertahankan pendirian aku. Alhamdulillah Allah bagi petunjuk. Seperti biasa aku redha.

Perasan tak!!!!! cerita aku ini tak ubah seperti drama berepisod. Apa lagi episod akan datang jangan lupa saksikan hahahahaha....... inilah kehidupan aku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA