Khamis, 30 Julai 2015

Tak Berakhir Lagi............

Dalam hidup kita, kalau kita tak kisahkan orang, tidak bererti orang tidak kisahkan kita, lebih bahaya yang kisahkan kita orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.... eemmmmm..... tu la yang berlaku dengan aku sekarang ni.

Selepas beberapa kali kehilangan pakaian di ampaian dan selepas memasang jaring sebagai langkah keselamatan ingatkan semuanya da selesai, rupanya itu sekadar ramalan aku je.

Hakikatnya, orang yang disyaki masih memerhatikan aku lagi sehingga hari ini. Kisahnya semalam masa aku masuk kereta ke kawasan parking kuarters  aku ternampak dia yg dan nak bergerak dari kereta, tapi tiba2 masuk ke dalam kereta semula seperti nak ambil barang @ sesuatu alam kereta.

Aku pulak, lepas off my car,  jalan mcm biasa, Asyraaf naik lift aku macam biasa naik tangga, tapi masa pusing untuk  tangan seterusnya aku ternampak orang tu skodengang aku disebalik kereta MPV bersebelahan kereta kelisa yang dia bawak, dari cermin belakang MPV tu. But at the same time, masa aku pandang dia, dia pandang ke arah kanan memerhati keadaan sekeliling, seolah2 mengelak orang nampak perbuatan dia, nampak macam nak mencuri kereta MPV tu, tapi sebenarnya perhatikan aku.

Berderau jantung dibuatnya, dia ni tak sudah2 lagi rupanya. Memang tak dinafikan dia memang mencurigakan dan suspek utama mesteri kehilangan pakaian beberapa Bulan lalu. Dia sentiasa perhatikan aku kalau bertembung, tengok kita sampai ekor mata. Mula2 aku memang tak pedulikan sangat. Tapi dia ni memang pelik sikit.

Orang tu aku memang tak Kenal, bertembung pun aku tak tegur senyum pun tidak. Rumah dia sama level dengan aku, statusnya apa, serumah berapa orang, tapi itu la masalah teknikal betul orang depan rumah dia pun berminat Nak kenal aku, yang ini laki orang ada anak 2, wife dia nama ayu, aku bertegur sapa dengan wife dia je, dianya apa pun tak, tak kuasa.

Susahnya kan, kita tak kacau orang pun hidup kita tak jamin selamat. Sekarang ni macam2 kes. Bukan la mintak, nauzzubillah, tapi segalanya berkemungkinan, perlu juga hati2, untuk pastikan selesa selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA