Rabu, 1 Julai 2015

Selesai Berzakat


Syukur Alhamdulillah selepas 2 ke 3 hari berhajat dan terhalang, akhirnya baru selesai semalam membayar zakat fitrah untuk tahun ni, ha!!! tu dia... malam2 buta hahaha.... untuk mak aku dan anak. 3 hari lepas nak bayar duit tak bawak, semalam nak bayar amilnya tak ada, hari ni, siang tak de agak kecewa jugak la, tapi tak sangka lepas terawih kaunter dibuka, apalagi tak sempat bukak telekung aku terus p bayar, memang bernasib baik laaa... tak lama lepas tu kaunter tutup. hahahha

Seperti biasa, kat mana lagi aku bayar zakat kalau bukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dah memang niat nak bayar di masjid ni, tak payah susah2 pergi tempat lain. Tapi tu la terkilan sikit, 1 lagi niat tak tercapai nak ajak asyraaf sekali, biat dia tahu mengenai Zakat Fitrah, tapi tu la nanti dia tanya macam-macam pulak ek!!! bagus jugak le dia tak ada hahahaa....

Dah dua tahun aku bayar cepat, ada sejarahnya sebab sebelim ni aku suka bayar tunggu balik kampung, dah tu bertanggungh2, sudahnya 1 syawal aku baru teringat zakat tak bayar, kelam kabut dibuatnya, Alhamdulillah mujur Abang ipar aku dah bayarkan, legaaaa.....

Sejak itu aku memang nekad terus bayar zakat bila nampak amil, tak perlu tunggu sampai esok, beli baju anak beratus ringgit boleh bayar zakat nak tunggu2. Di Putrajaya ni RM 7 untuk 1 kepala. Sekarang dah selesai tak payah nak fikir lagi.

Selain tu aku pun dah mula membuat potongan zakat pendapatan, Baru la sangat2 2 bulan.  Konon2nya nak bayar kat johor maklum la nak bantu orang johor supaya serba sedikit membantu semasa sedara senegeri KONONNYA!!! Rupanya aku silap, digalakkan bayar zakat pendapat dimana tempat kije bekerja atau tempat punca rezeki yang kita dapat.

Mudah je sebenarnya, Aku ke pusat zakat Presint 15, isi borang dan diberi pilihan sama ada nak uruskan sendiri atau pihak PPZ yang uruskan, hahahhaa.... apalagi suruh je la dia orang kan!!! bagi kerja sikit, senang hidup aku.

Sebenarnya aku nak ke kaunter zakat ni dari tahun lepas, orang kata, "perancangan"tu dah ada, tapi "perlaksanaan" tak jugak, sebenarnya hati jadi tak tenang jadinya. MasyakAllah penyakit malassss ni memang susah!!..... nak keluar waktu pejabat, bukan le jauh sangat tapi dekat sangat pun tak jugak, masa berurusan pun kelmarin aku bercuti selepas berkursus. So sekarang ni dah sattle. Pihak PPZ akan Up Date untuk setiap tahun... Alhamdulillah...

Zakat Dapat Menyucikan Harta Dan Jiwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA