Ahad, 21 April 2013

Salah Siapa




Beberapa minggu dah mula sibuk dengan PRU... Aku berhubung dengan ADO bertanyakan mengenai PAS untuk bertugas, jawapan dia mudah je, Penerangan tak payah PAS boleh masuk je. Dari hari ke hari, sampai ke hari penamaan calon. Aku bersiap awal untuk ke Dewan Jubli Intan. Sampai di dewan masih belum ada apa2. Kemudian aku jumpa urusetia SPR merangkap EO Pej Tanah Ledang. Dia antara orang yg biasa berurusan dengan aku bagi majlis rasmi di Daerah Ledang.



Aku masih tak puas hati dan  bertanyakan pasal PAS untuk aku masuk ke dalam dewan,  kerana hati rasa tak sedap aku tiada PAS,  tanpa PAS memang tidak dibenarkan masuk sama ada penamaan calon @ penjumlahan undi merangkap pengumuman calon yang menang.  Oleh kerana dia kenal sangat2 dengan aku, dia izinkan tapi dia suruh pakai kod. Aku bergegak balik ke rumah ambil kod, kod tu pun D.O. yang bagi.

Sesampai masa calon-calon bertanding pun masuk ada orang tegur aku, aku tak de PAS, aku disuruh keluar kerana tiada PAS. Keluar aja aku dari pintu masuk, ADO pun cakap sesiapa yang tak de pas jangan bagi masuk, Mas syak Allah, memang sentap ke hati, aku dah call dia awal2 tanyakan PAS ini, dan dia juga yg cakap Penerangan boleh masuk, je. Bila tiba masa, aku kene usir, dia kata dah kasi PAS pada penerangan 2, aku pun call PSH, memang betul dia yg dapat PAS, dengan perasaan sakit hati dan sedih aku pun bergegas balik ke opis, ingat nak balik umah je kenangkan sakit hati. Tapi aku naik jugak opis. Aku mesej je kat ADO tu, lepaskan rasa tak puas hati. Tengok la lepas ni suruh aku jadi MC aku akan tolak, kalau bos suruh @ paksa juga, nahas la, belum tau siapa aku, belum tau angin aku, aku memang tak kan datang punya. Ini dendam aku. 

Selama ni aku bantu tak kira masa, waktu dan hari, memberikan kerjasama yang cukup baik, tinggalkan kerja sendiri kerana urusan dengan mereka, memberi maklumat yg mereka perlukan, tak pernah berkira walau kije tanpa bayaran dan mereka selalu hubungi aku berbanding BOS kerana urusan dengan aku lebih mudah yg penting tak kene marah, bahasa aku pun tak pernah kasar dengan dia orang, seperti biasa amalan aku hanya senyum. Begini balasannya.....................

Memang tak mampu menahan sebak, aku dalam keadaan bersemangat datang, dengan borang2 untuk diisi oleh bakal calon, dengan kamera untuk ambil gambar calon, semuanya tak menjadi. dengan mudah aku pun mesej PSH apa keadaan sekali pun dia kene dapatkan biodata calon.  dah la aku beberapa hari sakit hati dengan dia, kerja ikut suka dia. Memang sakit hati.

Selesai penamaan calon aku menanti biodata calon untuk dimasukkan dalam format yang diberikan IPPNJ. Kenyataannya hampa, tak de apa2 maklumat, ada pun tak membantu, cukup sedikit. Sedangkan semasa menunggu pengumuman tu boleh je tanya pada semua calon. Entah apa yg dia buat, sebok bantu P.A. itu pun silap BOS PSH yg ditugaskan untuk bantuk FO dia suruh bantu PA, aku pun tak faham, kata banyak pengalaman la, nak curah pengalaman kat kita orang la... tapi macam baru sehari masuk kije, nak harap orang lain je buat kije, dia hapah tak tau, masa bincang pun boleh tidur. 

Aku sendiri memang tak faham langsung dengan bos aku ni, sebok cakap banyak pengalaman, tapi lakukan tugas menyempang dari kehendak jabatan, aku yang pening, mengenai PAS, perkara kecil tapi penting pun dia tak endah, kata banyak pengalaman kerja PRU, pasal PAS pun tak tau ke, boleh cakap dengan aku dia pun tak dapat pas.... sedangkan dia yang pergi meeting. Mas Syak Allah, betapa bodohnya engkau.. Aku yg baru 3 kali tempuh PRU pun tau, dia boleh buat  tak tau. Boleh gila aku mcm ni. Nasib baik da tak lama lagi.

Bila maklumat @ biodata calon tak dapat dia marah dan salahkan PSH, dalam hati aku, padan muka, cuba mengenepikan aku kan. Sah2 orang yg bertugas urusetia SPR tu kawan2 aku, kalau aku mintak makluman mesti punya dapat la. Tapi memandangkan aku dah sakit hati, memang tak de la nak cari dia orang, IPPNJ call aku senang je jawab, tanya bos tanya PSH, aku tak bertugas di situ pada hari itu.

Akhirnya biodata calon termasuk le gambar calon aku dapatkan dari FB jer, call YB, jenuh juga la, cari kat web, hari ni baru aku dapat send ke IPPNJ, aku tau mereka marah, tapi aku rasa tak ada yg membantu aku, terpaksa cari sendiri, nak harapkan bos, dia fikirkan duit jer, yang lain tak penting, tak buat apa2 pun gaji tiap2 bulan masuk jugak, tak kurang sedikit pun. Kalau aku yg bertugas di Dewan Sah2 dah dapat maklumat,  tak payah susah2 cari di web site, dan ambil masa panjang.

Bila jadi macam ni aku tertanya2 salah siapa agaknya, dulu tak de le macam ni. Tak tau macam mane untuk 5 Mei nanti, aku memang tak akan datang lagi Dewan Jubli. Bos pun buat tak kisah dengan PAS ni lagi,silap2 dia tak tau kene ada PAS. aku tak akan usahakan untuk dapatkan PAS ni lagi, tak akan aku hadap pejabat Daerah atau IPPNJ untuk tanya pasal ni. Boi le kalau tanya, tanya pada PPD dia BOS, bukan aku BOS. Selama ni dah banyak aku buat kerja dia. yang aku dapat sakit hatiiiiiii......... je.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA