Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah



Emmmm.... hari ni cuti, aku tidur puas2, hajat hati nak ke Dataran ada Sambutan Maulidir Rasul,  Tungku Temenggong Datang rasmikan Maulid, tapi terlebih rajin le pulak, itu yg sambung tidur, bila tak de tugas buat2 le tak ingat hehehehe, penyakit malas. kebiasaanya aku bertugas, dan seperti biasa la jadi amcee, jadi dah alang2 cuti, aku pun cutikan diri M.C. hehehe



Memang aku tak buat apa2, masak tak, basuh tak, kemas tak, menyapu je, itu pun sebab mak datang umah, emmm... aku baru nak sambung tidur balik hehehehe....  Asyraaf tidur umah atok dia, alang2 dia dah balik ikut atok dia sekali, 
balik memang selekeh, suruh mandi berkali2, buat dono je muka dia, tau2 sekali aku ambik rotan, belesup masuk toilat, tau pun, da rasa apa tu "rotan" kan. Anak aku kalau org lain jaga memang kurang terurus, kalau dengan aku, main sikit aku bising, main2 je lagi aku menjerit tak sudah.

Sambil tu aku semak buku dia ada kerja sekolah, apa lagi, kene le siapkan, muka marah dia, muncung dia yg boleh ikat reben tu,sebab terpaksa buat kerja sekolah, 
aku cakap siap kerja sekolah aku belikan basikal. Siap jugak kerja sekolah, pendidikan islam, mate, dengan BI. 

Siap je hantar mak balik umah salin baju, belesup ke kedai motor pulak, nak beli basikal, tukar minyak hitam sekali. Hehehehe... Asyraaf memang tak reti bawak basikal, tapi dia kata dia pandai, aku tengok pun was-was, apa lagi tambah lagi dua roda, da tak de cara lain nak bawak balik basikal, jadi dia kene le kayuh sampai ke rumah atok dia, hahaha tau pulak tu penat, haa!!! nak sangat.


Lepas tu, p ramai2 ngeteh kat pekan, aku, mak dengan akak bawak ank dia, Asyraaf... ber 5.. baru le aku makan, itu pun bukan nasi, masa mak datang umah, sempat le aku makan biskut cecah teh o. Sempat dia orang membeli kain, lepas tu ke ten 10 pulak, aku nak beli seluar panjang Asyraaf untuk PJ, aku nak beli 1, dia ambik 2, biasa la dia punya ayat  "nak jugak, nak jugak" mcm bapak dia jugak haha.... layan kan aje le... nanti boleh pakai buat basahan jugak, seluar dia banyak paras lutut, dia pulak da besar jadi da tak berapa sesuai, lagi pun seluar panjang boleh pakai siang malam... jihat kos.,...huhuhuu.


Bila siang da tidur, malam baru rajin nak buat kerja, lepas iron baju, sampul buku sekolah anak yang belum selesai, sempat pulak lipat baju, walaupun tak abis lagi sebakul, tak pe la baju basahan, esok lusa ada, cuti, InsyAkllah siap kan, tak siap pun apa nak kisah, bukan ada orang nak buat spot check.. hehehehe... tapi memang sakit le jugak mata aku pandang bila tak kemas, baju tak berlipat, menimbun dalam bakut, masalahnya tak de tempat nak disimpan, baju tak de tempat nak simpan...


Siap semua keperluan sekolah Asyraaf, esok je sehari, lusa dah Sabtu.... Sempat jugak aku up date blog untuk hari ni..... eemmmmm.... masa untuk tidur.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA