Isnin, 26 November 2012

Sup Kaki Ayam Ida


sup kakiku..... hehe 

Bahan-bahan :
1. Sedikit minyak
2. 1 bungkus kecil rempah penumis
3. 3 biji bawang putih
4. 5 biji bawang merah kecil
5. 1 inci halia
6. 2 sudu serbuk sup
7. 3 cawan besar air (ikut citarasa masing-masing)
8. 1 bungkus sup bunjut
9. 1/2 kg Kaki Ayam
10. bunga kobis
11. putik jagung
12. lobak merah
13. daun bawang
14. daun saderi


Caranya :
Panaskan minyak, masukkan rempah penumis untuk menumis, masukkan bahan 3-5 (telah dikisar) serta serbuk sup garam dan gula @ serbuk perasa, setelah naik bau, masukkan pula air dan sup bunjut. setelah mendidik masukkan kaki ayam, setelah mendidih dalam 10-15 minit masukkan sayuran bahan 10-12, dalam 15 minit semuanya bahan masak dan siap untuk di hidang, masukkan pula daun bawang dan daun saderi.

p/s : bagi yang minat dengan bawang goreng boleh di tambah dan ditaburkan dengan sup ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA