Ahad, 10 September 2023

Di Hari Persandingan





Tanggal 18.08.2023 sebulan yang lalu selesai majlis sanding aku dan pasangan. Perancangan dalam masa yang singkat, pencarian tempat, keputusan memilih tempat, pemilihan goodies kebanyakkannnya aku yang usahakan, semuanya dihujung jari, tengok di media sosial je, kebanyakkanya di FB ada juga di IG. Kemudian baru bincang dengan pasangan. 



Bukan mudah yeee dalam membuat pilihan dan keputusan bersama. Pada mulanya pilih di Tiram, cantik dewannya cuma kawasan luar husband x suka tempat tak bersih la apa la. walhal dekat dengan kedai motor bekas bapak mertua dia. itu satu perkara, keduanya dari 5K terus jadi 8K, caj itu caj ini. Husband kata lebih 5K pun tak pe asalkan bukan di situ.



Aku pun merajuk, aku serahkan semua senarai wedding hall suruh dia uruskan sendiri. Tau pun dia suruh aku cari sendiri. Dah pilih lokasi kedua di skudai tapi dalam masa yang sama melintas la wedding hall yang aku pilih ni. MasyakAllah 1st tengok pelamin dia memang nampak gah beb, sama taraf dengan wedding hall mila jirin tu bismillah. bismillah pun dalam senarai hall yang aku cuba tanya, tapi lambat betul respon. Mahal pun mahal.



Apa yang buat aku pilih disini macam tadi la 1st time tengok pelamin dia, wow! terpegun. Pelamin, wedding hall, homestay, selebihnya dinilai semasa majlis seperti solekan, busana aku tak ada pilihan, seba nak hijau gelap seperti dalam gambar tu, kebetulan aku pakai ngam-ngam cutting aku, tak sangka meja beradap dengan menu makan beradap, meja kek dan kek 2 tingkat percuma yeee. Tempat lain ada caj, so memang berbaloi. Untuk 100 pax hanya RM7990 je. Tapi ada tambahan 1 khemah, juruganbar yang sama masa nikah dan tambah 50 pax lagi untuk jamuan. Maka semuanya jadi RM11,440.00. Tapi serius berbaloi. Solek pun cantik, makan pun sedap. 



So belanja la gambar sekitar majlis persandingan. Sebelum semuanya hilang huhuhuhu....












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA