Khamis, 13 April 2023

Persiapan Nak Raya

Seperti yang lain saya juga menunggu ramadhan kali ini. Tahun kedua di Johor Bahru. Alhamdulillah dapat sambut puasa di kampung halaman bersama anak bujang di kampung. Di kesempatan yang ada juga, ambil peluang untuk beli pakaian raya anak dan emak semasa perjalanan balik ke JB. 

Alhamdulillah apa adanya, dapat la belikan sepasang baju melayu dan sehelai kurta untuk anak bujang, butang baju melayu dan kasut raya dia. Mak pulak dapat belikan sepasang baju kurung moden dan tudung, tambah sepasang lagi beli di mydin, berkenan sangat, warna baju pun match dengan tudung yang beli kemarinnya. Samping anak pun match dengan baju melayu dia Alhamdulillah lega. Kasut raya mak pulak dah lama beli di vincci dan belikan bag tangan pulak warna senada dengan kasut dia. 

Duit raya pulak langsung tak tukar, duit raya tahun lepas masih berbaki 100. Cukup la. Setiap tahun tak ada budak-budak sangat yang datang berapa di rumah mak. Jadi malas nak tukar duit raya lagi, cukup la apa yang ada. Berbeza zaman aku muda dulu, AllahuAkhbar. tak sempat nak basuh cawan, dah ada yang bagi salam, tak sempat nak rehat ada yang datang, tak sempat nak beraya ada saje tetamu yang datang.

Baju raya sendiri pun beli 3 helai x berniat nak tambah, itu pun ada long dress 2 pasang yang masih belum dipakai lagi, 2 pasang baju kebaya hijau pun tak di pakai juga, so boleh la buat stanby, hanya beli tudung untuk 4 pasang baju sahaja, . 

Pendek kata tahun ni sangat la jimat kerana baju raya dah dibeli pada hujung tahun lepas. Untuk aku sendiri hanya keluar kos beli 2 pasang kasut dengan harga RM79.99 di vincci jenama pilihan aku dan hand bag untuk aku 1, emak dan hadiah birthday anak buat, semua design lain-lain. Asyraaf pulak tambah sehelai baju kurta untuk raya ketiga kerana nak sama dengan aku. 

Kuih raya tempah je dengan ex roommate, bila siap tak pasti. Cukup la tu, apa yang ada je laa. Sederhana sungguh la persiapan raya tahun ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA