Isnin, 28 Mac 2022

Projek Pelamin Mini (Pelamin anganku musnah)




Hahaha.... tajuk tak tahan, malah tak ada kene mengene pun dengan diri sendiri. Tetapi tetap ceritanya mengenai pelamin. sejak duduk JB ni aktiviti memang dah tak sama. Tapi itu la, ada je bende yang aku nak buat. Kali ni projek buat pelamin pulak. Bukan aku yang nak kawin pun.

Kisahnya, mak cik cleaner kat office nak kawinkan anak. cerita la itu ini. eh!! macam-macam la pulak masalah dia. Jadi aku pulak ulur tengkok nak tolong hahahaha.... Ikhlas nak tolong, tak mintak upah setaraf Wedding Planner pun. Tapi bila dikira-kira kosnya lebih 500 jugak. beli itu, beli ini. salah beli, terlebih beli...kerusi pun beli 2 kali sebab salah saiz yeee huhu, ada diantaranya  barang datang ontime buat aku berdebar-debar menuggu pun ye.... eh! macam-macam la.

OK la tak tau nak cerita apa... belanja gambar je la.


da cakap dengan pengantin tolong pasangkan kayu supaya mudah nak stapler. Rupanya tidak dibuatnya, mujur bawak kawan, doa la tolong gergajikan kayu, drill dinding dan pasangkan kayu tu.




Sementara tunggu, aku pasang round art ni namanya, lebih kurang la, sekarang anara yang popular. So korang pelik, korang yang tertinggal kereta api.


Ini anara bunga yang dibeli, ada yang disimpan lagi, Alhamdulillah bunga cukup-cukup je, risau jugak kalau x cukup.




bunga beli bertangkai begiti, so boleh la adjust nak batangnya pendek atau panjang nak ducucuk ke form bunga tu supaya tak jatuh.




sebelah bunga banyak..... siap main cucuk-cuck je, risau dan berdebar-debar jugak sebab ni 1st time buat. Jadi la ikut kepala aku hahaha....



ini sebelahnya pulak bunganya sedikit... kan cucuk-cukup je bunganya.form pun juga 1 je, beriya-iya beli 3, rupanay yang datang punya le besar panjang pulak tu. 2 lagi simpan untuk digunakan akan datang.



pasang tabir pulak.... kain ni memang da lama beli buat untuk raya. So senang la.... tinggal pasang je. Selebihnya gambar atas sekali. da siaptabir, letakkan bulatan yang telah didecodengan bunga, letak kerusi, ttuuu diaaa hijau, pasang karpet, bunga hiasan bahagian tepi, kusyen tangan dan bunga tangan.




mak cinnya yang tengah tu, anaknya lelaki, pasang pelamin di rumah pengantin perempuan.
 Alhamdulillah suka-suka pun mak cik ni bagi la RM300. Aku terima je berapa pun. 


Ini lah contoh yang diguna pakai. Banyak lagi... tapi ini contoh terdekat.


Ini lagi la nampak lebih lebih kurang cuma bunga tukar putih. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA