Isnin, 16 November 2020

Korean Garlic Cheese Bread


 

Saya bukan pengemar roti, tetapi selepas rasa roti yang satu ni, satu biji tak cukup, 1 hari boleh makan 2 ke 3 biji. Ya, gara-gara viral, maka saya cuba, memang tak mengecekan khususnya pengemar cheese. Saya kongsikan resepinya seperti dibawah.


Bahan Untuk Doh Roti

300gm tepung gandum

11gm  yis kering / sebungkus mauri-pan

30gm gula pasir

200ml susu full cream (sejuk)

1 biji telur

3 gm - garam

30gm - butter

 Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu sederhana. 

Mulakan  dengan satukan semua bahan kecuali butter.  Mix @ gaulkan semua bahan hingga  tepung tak melekat di bekas. Masukan pula butter dan uli smpai elastik.

Selepas jadi doh saya timbang berat 540gm dan bahagikan kepada 9 bersamaan dengan 60 gm sebiji. Bulat kan doh masukkan dalam mangkuk kertas dan biarkan adunan naik sekali ganda. Kemudian bakar pada suhu 180°C Selama 20 minit. Bergantung pada oven masing- masing ye. Terus ke step berikutnya.

 

Cream cheese felling


200gm cream cheese

30gm gula pasir

50gm whipping cream

 

mix cream cheese dan gula sehingga sebati dan masukan whipping cream hingga sebati. Masukkan ke dalam piping beg. Selepas roti siap masak dan sejuk belahkan roti dan piping kan cream cheese. siap ketepikan dan seterusnya;

 

Resepi garlic butter sauce


130gm unsalted butter (dicaikan)

50gm bawang putih (cincang halus)

30gm susu pekat

3 gm parsley

1 biji telur

 

Satukan semua bahan didalam bekas dan kacau sebati. Kemudian sapukan dibahagian atas roti @ keseluruhan bahagian roti jika suka dah siap, bakar lagi selama 10 - 15 minit.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA