Selasa, 18 Februari 2020

Cukup Umur

Alhamdulillah walaupun lambat story mory di sini, tetap nak story jugak... gituww.... Syukur Alhamdulillah tanggal 15 Februari 2020 genap usia aku 39 tahun. MasyakAllah tak sangka kan hampir mencecah 40an da ni. Apa je yang aku buat sepanjang hidup ni.

Sesungguhnya syukur tak terhingga kerana dalam usia begini masih dalam keadaan sihat, maintain gituw,,, aaaa tu yang mahal huhu. Tapi uban semakin mencanak di kepala hahahahaha boleh ke guna perkataan tu?. Bunyi macam tak senonoh je tapi bila bunyi tak senonoh tu bererti aku pun tak berapa gemo le. Tapi ini lah kenyataan bahawa, tua kata mari muda mau pergi. Semua tu tak jadi masalah, yang penting sihat. sememangnya ini adalah fasa dalam kehidupan. Uban ni menggingatkan kita bahawa kita semakin berusia, amalan apa yang nak dibawa. Itu sebenarnya yang patut difikirkan.

Bagi tahun ini, tiada sebarang sambutan, makan sedap-sedap, jalan-jalan atau apa pun. Aku menjalankan aktiviti seperti biasa. Ucapan pun hanya dari Asyraaf sorang. Sedih ke????? Aku dah biasa dan dah lali. Biasa la bila sendiri ni, apa yang nak diharapkan lagi. Syukur aje apa yang Allah telah berikan. Nikmatnya terlalu banyak, rezeki yang tak diduga-duga dan tak disangka sangat mengharukan. Jadi la itu.

Kalau nak ditanya mengenai masa depan, sama je pada setiap tahun yang lalu. Tapi tak tahu kalau tahun ni aku menjadi part time busimesswoman hahahaha berangan. ye la jual apa lagi kek batik la. Perasaan tu seronok sangat bila ramai yang suka, dalam ramai-ramai berpuluh orang makan, sorang je kot yang kata manis. yang lain tu semua kata sedap, sedap gila la bagai hahaha. mau tak sedap dengan coklat dan cheese, kek batik yang lembut, memang padu. ramai yang repait order. Alhamdulillah syukur sebab air tangan jadi hasil jualan. Tapi sejak hilang phone ni stop sekejap buat kek batik. Dapat la aku rehat, dan cukup la tidur. order pun suam-suam kuku setakat ni. Tapi aku tak kisah sebenarnya, tak la penat, tak la datang lambat ke office, tak de la tak cukup tidur tak perlu bangun awal hehehehee...

Eeemmm.... sekarang ni aku dapat rasakan bahawa, aku ni tak kisah pun dengan keadaan, just follow the floor, phone hilang pun aku tak kisah, stok bahan mentah untuk kek batik punya la banyak, tapi jualannya x berapa nak ada pun aku tak kisah. Orang menyampai dan mengata aku pun aku tak kisah. Adakah ini petanda pendek umur, atau ajal nak sampai. Yaaa.... mati tu pasti, bila je tak tahu. Persiapan tak seberapa lagi, niat tu tinggi menggunung, kemampuan selembab kura-kura.

Allahu Akhbar, mudah-mudahan doa husnul khatimah di makbulkan, walau hakikatnya aku ni banyak dosa, terlalu banyak. Kalau la Allah tak terima taubat, memang tak terampun la dosa aku selama hidup ni. Niat tu da niat, nak solat taubat setiap hari. masalah perempaun ni bila bulan menggambang mood pun lain, setiap kali berubah bulan macam tu la jadinya. susah betul nak dapat tune yang sama setiap bulan. Bila da rajin, setiap hari buat, lepas piriot tinggal terus, betapa susahnya nak istiqamah. Tak pe usaha tangga jaya, In Shaa Allah, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Buat apa saja amalan ikut kemampuan, asalkan ada sedikit yang diamalkan dan tidak ditinggalkan ke semuanya. Dah namanya kita ni manusia, bermacam suasana nak didahap setiap hari. Yang penting ingat Allah, Ada masa buat.

Sebenarnya selepas bercerai, ada satu perkara yang aku rancang setiap tahun pada tanggal 15 Februari, dan pada tahun ni jatuh pada hari Sabtu sesuai sangat, aku hanya mengimpikan sebuah perkahwinan pada tarikh tu, tapi tu la rezeki tak ada. Bertahun-tahun juga la. Kalau tanya pasal kawin sekarang ni jawapan aku "orang kawin pun nak cerai" hahahha baru la 2020. Dalam hidup ni sebenarnya yang penting sekali adalah duit. Alhamdulillah Allah cukup kan aku dengan duit, supaya tak menjadi masalah besar dalam urusan kehidupan harian aku. Memang adakalanya duit ni menjadikan manusia terlalu murah, tak kira perempuan tu dara, janda atau bini orang. Skandel memang berleluasa untuk dapat kemewahan dosa tu, terpulang masing-masing.  

Aku bersyukur, allah sayang, kerana sentiasa wujudkan rasa bersalah dalam hati kalau aku buat sesuatu yang salah, waima up status pun, kadang kala aku rasa bersalah, tapi degil buat juga, dan sekarang ni karma kene kat aku hahahaha..... ye ke karma, tak kisah la. Anggap teguran Allah untuk aku bezanya walaupun aku kecik hati, aku tak melenting, sebabnya orang yang mengata aku tu pun bukan orang tak kenal peel dia, malah perangai mereka pun di ketahui ramai, so aku nak takut apa. Orang nilai la sendiri, malas aku nak fikir. Kalau orang nak kata aku jahat pun aku tak kisah.

Ramai manusia dengan masalah silam mereka, yang penting, bukan perkara lama, tetapi siapa kita sekarang dan apa yang kita lakukan, asalkan tak lalukan dosa besar. Dosa ni memang sentiasa kita lakukan, kerana itu setiap kita ni digalakkan untuk bertaubat setiap hari, dan itu la aku nak try, tapi hari ke minggu ke bulan, adoiiiii la.

Jom la kita tambah amalan kita, perkara yang tak pasti, serahkan semuanya kepada Allah yang tentukan, doa je yang baik-baik untuk semua. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku redha, seredha redhanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA