Rabu, 17 Oktober 2018

serabai



Bahan Tepung :
1/2 cawan nasi
2 cawan santan cair
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil muripan direndam dengan 2 sudu besar air suam biarkan dalam 1 minit
Sedikit garam dan gula (tak letak gula pun x pe)
Sedikit minyak (untuk disapu dikuali supaya tidak melekat)
CARA MEMASAK:
Kisar nasi, garam, gula dan santan cair.
Selepas kisar, campurkan dengan tepung beras dan kacau sebati.
Kemudian masukkan muripan dan kacau lagi hingga sebati. peram @ biarkan dalam 1 jam.
Sapu sedikit minyak pada pan atau acuan. Bakar lebih kurang 10 minit. Boleh bakar guna kuali leper atau acuan elektrik. Lebih kurang macam masak lempeng.
BAHAN KUAH:
1 biji telur
1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
1/2 buku gula melaka
1 helai daun pandan
Sedikit garam
Gula jika kurang manis
CARA MEMASAK:
Kisarkan telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja bagi sebati.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk.
Baru buka api, masak dengan api perlahan Sehingga gula melaka betul-betul larut. Bila kuah mula pekat/likat sudah dikira masak.
INFO: Boleh masukkan isi durian pada kuah untuk tambah rasa durian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA